728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 31 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019Dollar Yen menyusut hampir 150 mata Selasa semalam untuk didagangkan sekitar 119.20 pada sesi pembukaan New York walaupun tiada sebarang data ekonomi dari Jepun hari ini.  Yen terus mendapat permintaan apabila sesi London dibuka ekoran situasi geo-politik di Greece yang tidak menentu.  Walau bagaimanapun, pasaran menjangkakan Yen akan terus meyusut ekoran pakej ransangan ala “Abenomics” versi 2.0 yang mahu meningkatkan perbelanjaan rakyat sekaligus meningkatkan aktiviti ekonomi.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Shinzo Abe tanpa berlengah selepas memenangi pilihanraya Jepun, terus mengumumkan program stimulus ekonomi sebanyak 3.5 trilion Yen dan mencadangkan pengurangan cukai korporat sebanyak 3.29% dalam masa 2 tahun bagi menggalakkan syarikat-syarikat menaikkan gaji dan meningkatkan pelaburan.  Parti Liberal Demokratik pimpinan Shinzo Abe menyarankan kepada parlimen untuk mengurangkan cukai korporat sebanyak 2.51% bermula April 2015 dan sebanyak 0.78% lagi pada April 2016, menjadikan jumlah 3.29%  Pada masa ini cukai korporat Jepun pada 35%, adalah yang tertinggi dikalangan negara G7.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun sepanjang minggu ini, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.  Hari ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka menokok 10 ribu pemohon kepada 290 ribu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register