Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar ¥112.80 ke serendah ¥112.00, sebelum menutup sekitar paras ¥112.40; setelah Yen Jepun maju terkesan dari ucapan Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen mengenai kenaikan kadar dalam masa terdekat. Puan Yellen mengulangi mesej ‘dovish’ beliau pada sidang akhbar mesyuarat FOMC pada 16 Mac lalu yang bertentangan dengan kenyataan empat presiden Fed yang menyampaikan pandangan agresif bagi ekonomi AS minggu lepas.

Puan Yellen berkata bahawa adalah wajar bagi penggubal dasar untuk meneruskan tindakan “berhati-hati.” Beliau berkata bacaan kekuatan ekonomi AS sejak awal tahun ini telah bercampur-campur. Dari segi dasar, beliau berkata kajian menunjukkan dengan kadar pada sifar dan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu, kaedah kenaikan kadar yang terbaik adalah secara perlahan-lahan.

telegram-moshed

Dalam berita lain, data pengeluaran industri Jepun menunjukkan aktiviti perkilangan Jepun masih rapuh disebabkan oleh permintaan yang lembap di dalam dan di luar negara. Pengeluaran industri jatuh 6.2% pada bulan Februari, berbanding dengan jangkaan penurunan 6%, selepas kenaikan 3.7% pada bulan Januari.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan kenaikan kadar Feds untuk bulan April, trader boleh menjual USD/JPY turun ke paras yang dilihat pada minggu lalu, berhampiran ¥110.50 – ¥111.50 kawasan dimana ia diniagakan apabila beberapa Presiden Feds mula mengeluarkan komentar agresif.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register