728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 31 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018

Dollar Yen memacu naik lebih 90 pips Isnin semalam, dari paras terendah sesi Eropah sekitar 119.10 untuk mencapai paras tertinggi harian, sekitar 120.22; sebelum menutup pada sekitar 120.20; sekaligus menyebabkan kadar tukaran USD|JPY berada di atas pivot hari ini, sekitar 119.80, ketika artikel ini ditulis.

Di Amerika Syarikat, perbelanjaan pengguna dilaporkan meningkat lebih rendah dari jangkaan, 0.1% berbanding 0.2%, tetapi lebih baik dari bulan lepas, -0.2%  Namun, pendapatan pengguna dilihat stabil pada 0.4% seperti bulan lepas, walaupun sedikit baik dari jangkaan 0.3%  “Pending home sales” juga dilaporkan lebih baik dari sebelumnya, 12% berbanding 8.4%

telegram-moshed

Di Jepun pula, “industrial production” keluar mengecewakan, apabila meleset buat pertama kalinya dalam masa 3 bulan.  Perbelanjaan pengguna Jepun yang mengurang dan juga inflasi yang hampir sifar pada bulan lepas, menunjukkan ekonomi Jepun yang masih rapuh, walaupun program “Abenomics” telah pun berjalan selama 2 tahun. Permintaan pengguna yang lemah, menyebabkan industri ragu-ragu untuk membuat pelaburan baru untuk menaik taraf operasi pengeluaran.

Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Jepun, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran, terutamanya jika “consumer confidence dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  “ADP employment change” yang dijangka lebih baik juga pada Rabu nanti, dilihat membantu sentimen sokongan untuk Dollar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register