banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 40 pips dari paras tertinggi harian sekitar 124.25 ke serendah sekitar 123.85; selepas kejatuhan ISM ‘manufacturing” PMI AS tidak banyak mempengaruhi pergerakan Dollar lantaran sentimen kenaikan “interest rate” pada September ini lebih menguasai pasaran.  Pada masa yang sama, Caixin “manufacturing” PMI China juga meleset dari jangkaan; sekaligus membayangkan ekonomi global yang malap.

Di pasaran Jepun, usaha Bank of Japan untuk mencapai sasaran inflasi 2% tidak mendapat banyak rangsangan daripada data terkini, dengan indeks harga pengguna teras di negara itu untuk Jun, hampir tidak berganjak selepas pengguna dengan tidak disangka-sangka berebut untuk menutup dompet mereka.

telegram-moshed

Seorang pegawai kerajaan Jepun telah menyalahkan cuaca buruk bagi bulan itu, sambil menambah bahawa penurunan pada Jun lalu tidak bermakna ada perubahan dalam trend menaik yang sederhana dalam perbelanjaan isi rumah, menurut laporan Reuters.  Kebanyakan Jepun mengalami musim hujan pada bulan Jun, tetapi itu adalah kejadian tahunan. Beberapa laporan berkata terdapat lebih hari hujan daripada biasa tahun ini. Suhu yang lebih rendah daripada biasa mungkin juga telah melemahkan jualan pakaian.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register