728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Dec 2014

BOJ-forex-malaysia

Dollar Yen terus melonjak pada paras tertinggi 119.75 pada sesi dagangan penutupan Eropah tatkala US Dollar terus mendapat permintaan sepanjang hari dagangan semalam.  Keadaan ini telah berterusan semenjak Bank of Japan melancarkan pakej ransangan ekonomi yang terbaru bulan lepas.

Pakej rangsangan “Abenomics” ini antara yang paling berkesan dalam menangani masalah deflasi Jepun yang sering diperkatakan sebagai punca kepenggunaan dan pelaburan modal yang lemah.  Walaubagaimanapun, strategi melemahkan Yen untuk meningkatkan eksport hanyalah sebahagian dari komitment BoJ untuk menaikkan inflasi.

telegram-moshed

Kelemahan Yen ini secara langsung telah meningkatkan eksport pada suku ketiga sebanyak 5.3% dalam keadaan dagangan dunia yang tepu dalam beberapa tahun kebelakang ini.  Gabenor Kuroda berkata BoJ amat komited untuk menaiktaraf khidmat pembayaran dagangan dengan memperbaharui fungsi-fungsi BOJ-NET (Jaringan Sistem Kewangan Bank Jepun) bagi memantapkan ekonomi Jepun bukan sahaja melalui polisi kewangan tetapi juga dari sudut penyelesaian bayaran dagangan.

 

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya @MoshedFX 😀

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register