728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen menyusut lebih 65 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, apabila Yen mendapat permintaan ekoran “monetary base” tahunan yang lebih baik dan “labor cash earnings” tahunan yang dilaporkan stabil pada 1.3%  Dengan ketiadaan sebarang data dari Amerika Syarikat semalam, Yen mendominasi pasaran terutamanya dengan sentiment NFP yang dijangka ‘bearish’.  Kadar tukaran USD|JPY terus menyusut lebih 40 pips lagi pada sesi pagi New York Selasa semalam.

Di pasaran Amerika Syarikat, para pembeli dan pemegang Dollar mula resah selepas kenyataan presiden Federal Reserve AS, Janet Yellen yang tidak mahu tergesa-gesa menaikkan “interest rate”, ekoran kadar inflasi yang masih dibawah sasaran 2% dan kenaikan gaji pekerja yang masih terlalu perlahan.  US Dollar index juga sedang berada di resistance bulanan sekitar 95.85

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari Jepun, Dollar dilihat bakal menguasai pasaran terutamanya  dengan “ADP employment change” Amerika Syarikat yang dijangka menambah dari 213 ribu kepada 220 ribu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register