728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 April 2016

Dollar Yen susut lebih 65 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥111.10, sebelum menutup sekitar paras ¥111.33; setelah Bank of Japan pengumuman angka asas kewangan dan Dollar AS terus melemah. Penurunan mendadak harga minyak telah mendorong para trader membeli ‘safe-haven’ Yen, manakala yang lain tidak sabar-sabar menunggu kenyatan Gabenor Bank of Japan Khamis ini.

Pasaran saham Jepun mengayunkan antara keuntungan dan kerugian, apabila pelabur menimbang pengukuhan Yen dengan prospek kadar yang lebih rendah di Amerika Syarikat. Data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, tidak banyak mengubah pandangan bahawa Federal Reserve akan mengambil pendekatan beransur-ansur dalam menaikkan kadar.

Matawang Jepun meningkat 6.8% pada suku pertama, sekaligus memberi isyarat bahawa ransangan selama tiga tahun telah difaktorkan dalam harga. Julius Baer Group Ltd., Sumitomo Mitsui Banking Corp dan Australia & New Zealand Banking Group Ltd., peramal nilai Yen paling tepat dalam kedudukan terkini Bloomberg, meramalkan matawang tersebut akan mengakhiri tahun ini pada paras yang lebih kukuh.

telegram-moshed

Sebaliknya, anggaran median di kalangan penganalisis adalah untuk Yen melemah kepada ¥119 bagi setiap Dollar menjelang akhir 2016. Memandangkan ketidakpastian di dalam dan di luar Jepun, untuk kesan jangka panjang kadar negatif, ia tidak menghairankan terdapat kebimbangan bahawa kemungkinan BoJ telah kehabisan pilihan dalam dasar monetari.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register