728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen terus memacu naik lebih 55 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.40 sebelum menutup sekitar paras 124.35; setelah Dollar terus mendapat permintaan apabila Pengerusi Feds Atlanta mengatakan Federal Reserve Amerika Syarikat sudah bersedia untuk menaikkan “interest rate” dan September adalah masa yang sesuai.

Di pasaran Jepun, Ogata dari Credit Agricole mengatakan, “BOJ berasa terpaksa mempertahankan program rangsangan kerana banyak syarikat-syarikat dan isi rumah ragu-ragu jika ia benar-benar mempunyai kesan.  Ia amat sukar untuk melihat kesan sebenar ke atas ekonomi.”

Walaubagaimanapun, Bank of Japan mesti peka kepada risiko program rangsangan besar-besaran yang boleh mewujudkan ketidakseimbangan kewangan dan ekonomi, menurut ahli lembaga BoJ Koji Ishida.  Bekas eksekutif perbankan itu berkata, dia melihat tidak ada tanda-tanda awal yang dasar kewangan agresif BoJ, telah menyebabkan benih-benih gelembung aset; walaupun risiko tersebut adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan dalam jangka masa panjang.

Tetapi amaran ini berbeza dengan pandangan Gabenor Haruhiko Kuroda, yang kebanyakannya menolak risiko tersebut dan lebih memandang kepada manfaat jangka pendek program rangsangan.  Ketika ini, para pedagang sedang menunggu keputusan BoJ yang dijadualkan pada hari Jumaat dan juga laporan “Non-Farm Payroll” AS.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register