banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen terus memacu ke paras tertinggi tahun ini untuk didagangkan sekitar 120.15 pada sesi pembukaan New York pada Khamis dengan permintaan terhadap Dollar terus meningkat dibantu oleh Laporan “ISM Manufacturing PMI” yang lebih baik dari jangkaan walaupun data ADP yang menunjukkan majikan di Amerika Syarikat hanya menambah 208,000 pekerja bulan lepas berbanding 233,000 pada Oktober.   Walau bagaimanapun laporan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat dengan jangkaan 232,000 berbanding 214,000 juga turut membantu keyakinan pelabur terhadap ekonomi Amerika Syarikat yang semakin mengukuh.  Kadar penganguran dijangka kekal pada 5.8% dengan laporan Federal Reserve yang mengatakan peningkatan pekerjaan adalah menyeluruh.

5 Akhbar di Jepun melaporkan Perdana Menteri Shinzo Abe dari Parti Liberal Demokratik akan menguasai malah mungkin menambah kerusi majoriti pada pilihanraya Jepun 14 December ini.  Menurut akhbar Nikkei, Asahi, Yomiuri, Sankei dan Mainichi, Parti Liberal Demokratik bakal memenangi 300 dari 475 kerusi berbanding 294 sebelum ini dan gandingan bersama pemuda Komeito besar kemungkinan akan mengekalkan majoriti 2/3 di Dewan Rendah yang memudahkan mereka untuk mendominasi sebarang keputusan di Dewan Tinggi Jepun.

telegram-moshed

Perdana Menteri Abe yang mengumumkan pilihanraya 2 tahun lebih awal pada bulan lepas dengan menangguhkan kenaikan cukai jualan yang dilaksanakan April lalu, pada masa yang sama telah mejadikan pilihanraya ini suatu referendum untuk “Abenomics” yang bertujuan mengakhiri deflasi lebih 10 tahun di negara kuasa ekonomi ketiga terbesar didunia itu.

 

Masih tercari-cari broker ? Buka akaun forex anda di sini – KLIK SINI

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register