banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

Dollar Yen terus merudum Selasa semalam, lebih 135 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥109.95, sebelum menutup sekitar paras ¥110.32; setelah harga minyak terus turun, sekaligus mencetuskan dagangan ‘safe-haven’ yang menghantar Yen Jepun ke paras lebih tinggi, manakala Dollar AS terus lemah selepas Janet Yellen berkata harga minyak yang rendah boleh mencetuskan turun naik pasaran.

Kekuatan Yen berbanding Dollar AS yang menghampiri paras tertinggi dalam masa 18 bulan, meningkatkan kebimbangan mengenai keupayaan Bank of Japan untuk melemahkan Yen. Ia juga masih tidak pasti sama ada kerajaan Jepun akan meneruskan kenaikan cukai jualan kepada 10% daripada 8%, ekoran kepenggunaan yang masih lembap, di tengah-tengah pertumbuhan upah yang rendah berikutan kenaikan cukai sebelumnya, pada bulan April 2014.

Perdana Menteri Abe mungkin membuat keputusan selepas menilai data Keluaran Dalam Negara Kasar untuk Januari-Mac yang akan dikeluarkan pada bulan Mei dan mengambil pertimbangan melalui sidang kemuncak G7 nanti. Indeks Nikkei PMI Perkhidmatan Jepun adalah 50.0 mata pada bulan Mac berbanding 51.2 mata pada bulan Februari. Data tersebut menunjuk kepada penstabilan umum dalam keadaan perniagaan di kalangan pembekal perkhidmatan Jepun.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Pelabur-pelabur bimbang bahawa syarikat-syarikat Jepun telah kehilangan tarikan dari Yen yang lemah,” menurut Kazuhiro Takahashi, strategis ekuiti di Daiwa Securities. “Ramai orang berfikir ia akan menjadi sukar bagi pengeksport untuk meramal keuntungan dari pendapatan mereka bagi tahun kewangan ini.” Sebaliknya Takahashi berkata lagi bahawa, syarikat-syarikat yang mengumumkan pulangan pemegang saham juga boleh dibeli dan saham defensif, seperti firma-firma pembinaan, yang bergantung kepada permintaan dalam negeri.

Menurut Nomura Securities pula, pembelian balik saham melebihi ¥5 trilion dalam tahun fiskal yang berakhir pada bulan Mac lalu, sekaligus menandakan rekod baru yang tertinggi, dan mungkin akan meningkat lagi pada tahun fiskal ini. Dalam pada itu, pelabur kurang yakin bahawa pengeluar akan dapat mengekang lebihan produksi global yang menyaksikan harga minyak mentah jatuh sebanyak 70% sejak pertengahan 2014.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register