728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Feb 2015

usd_jpy_forex-moshedfx
USD/JPY dilihat naik sekitar 30 pip untuk didagangkan pada kadar 117.59 sebelum kembali turun awal pagi ini selepas data keluaran US, Trade Balance dan Unemployment Claims keluar bercampur-campur kesan negatif dan positifnya ke atas matawang US.

Yen didagangkan lebih rendah berbanding US Dollar dan Euro pada sesi pagi Rabu berikutan keredaan hutang Greek dan pulihnya harga minyak mengukuhkan sentimen.

Mr.Kanda berkata, “sentimen menjadi bertambah baik selepas surutnya kebimbangan ke atas hutang Greece, telah menyebabkan Euro meningkat terhadap kedua-dua US dollar dan Yen. Ini telah menjadi adegan tarik tali antara kelemahan US Dollar dan Yen, menjadikan pasangan matawang ini mengehadkan tekanan ke atas pergerakannya.”

telegram-moshed

Terdapat sedikit minat oleh pedagang matawang kepada komen oleh Timbalan Gabenor Bank of Japan, Encik Iwata. Pada hari Rabu lepas, dia dipanggil untuk menenangkan situasi langkah-langkah rangsangan ekonomi oleh bank pusat yang menyebabkan kejatuhan tangga gaji dan petumbuhan pekerjaan.

Data NFP yang akan keluar 9.30pm hari ini bakal memberikan gambaran jelas tentang kekukuhan US Dollar, walaupun terdapat sentimen bahawa lebih ramai pedagang optimis tentang kekuatan US Dollar dan dilihat Fed seolah-olah ingin menaikkan Interest Rate pada tahun ini.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register