728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar yang mendapat sedikit permintaan pada sesi Asia, untuk membuat paras tertinggi harian, sekitar 120.65, kembali meyusut hampir 80 mata sepanjang sesi pagi dagangan London Isnin semalam.  Yen yang kemudiannya mendapat permintaan lantaran BoJ yang dijangka mengurangkan “monetary base” tahunannya dari 36.7% kepada 34.3% dan juga bakal melaporkan “service PMI” nya hari ini.

Amerika Syarikat yang telah berada pada kadar “interest rate” terendah dalam sejarahnya sejak 2008, terus menempuh 6 tahun krisis ekonomi dan kini dengan data ekonomi yang menunjukkan pemulihan yang lebih baik, terutama GDP 5% yang keluar jauh lebih baik dari jangkaan; mendorong Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” seawal April ini walaupun ianya masih tertakluk kepada prestasi pasaran pekerjaan.

telegram-moshed

NFP dan kadar pengangguran AS yang bakal dilaporkan Jumaat ini, bakal mencorakkan sentimen pasaran terhadap Dollar seterusnya.  NFP dijangka mengurang dari 321 ribu kepada 245 ribu dan “unemployment” juga dijangka mengurang dari 5.8% kepada 5.7%  Khamis nanti “unemployment claims” bakal diperhatikan dan Rabu pula, minit mesyuarat FOMC bakal mendapat perhatian selain “trade balance” dan “employment change”.

Hari ini “non-manufacturing PMI” Amerika Syarikat bakal berdepan dengan “services PMI” Jepun yang dilaporkan lebih awal.  Permintaan dijangka terus memihak kepada Dollar walaupun Yen boleh membuat kejutan terutamanya apabila terdapat spekulasi krisis seperti di Greece dan Ukraine.
Rebut peluang untuk dapatkan akaun trade forex tanpa rugi selama setahun dari One Financial Markets, Broker Regulated UK dari London – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register