728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen kembali menjunam lebih 75 pips Selasa semalam, setelah mencapai paras tertinggi pada tengah hari Eropah sekitar 120.50, walaupun pasaran Jepun masih ditutup sempena cuti 3 hari. Yen didagangkan sekitar 120.00 ketika artikel ini ditulis. Pembeli-pembeli Dollar telah berasa gusar akhir-akhir ini kerana kelembapan mendadak dalam ekonomi AS pada suku pertama, menyebabkan pasaran mempersoalkan sama ada Federal Reserve akan menaikkan “interest rate” pada tahun ini.

Presiden Federal Reserve┬áChicago Charles Evans, Isnin lalu dalam satu kenyataan yang kabur mengatakan kenaikan “interest rate” boleh bermula tahun ini, namum dengan kadar inflasi yang masih rendah dan kadar pengangguran masih terlalu tinggi, Feds harus menangguhkan kenaikannya sehingga awal tahun depan.

Dollar AS memacu laju menolak kadar tukaran USD|JPY kepada paras tertinggi yang baru dalam masa 8 tahun pada Mac lalu, tetapi pair itu kini mula bergerak dalam suasana ‘ranging’. Ia merupakan satu jalan buntu bagi Dollar dan Yen kerana kedua-dua Federal Reserve Amerika Syarikat dan Bank of Japan tiada memberikan alasan yang kukuh untuk memaksa anjakan nilai tukaran selanjutnya.

Pasaran kewangan Jepun masih ditutup sempena ‘Golden Week Holiday’ dan dagangan akan menyambung semula pada esok Khamis.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register