728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

Dollar Yen terus merudum Rabu semalam, lebih 125 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥109.35 sebelum menutup sekitar paras ¥109.78; setelah komen yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga bahawa kerajaan akan memantau pasaran matawang asing. Komen Encik Suga ini telah disertai oleh Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang memberitahu Wall Street Journal bahawa negara tidak perlu berusaha untuk melemahkan matawang mereka dengan campur tangan.

Dalam pada itu, di pasaran Amerika Syarikat awal pagi tadi, minit mesyuarat FOMC yang disiarkan gagal membantu sokongan belian untuk Dollar, selepas majoriti ahli majlis mesyuarat FOMC dilihat teguh dalam mempertahankan keputusan untuk mengekalkan kadar yang dinaikkan pada Disember tahun lepas.  Namun demikian, terdapat beberapa ahli majlis yang mahukan kadar dinaikkan pada mesyuarat Mac lalu.

telegram-moshed

Pada mesyuarat itu, Feds mengekalkan kadar tidak berubah dan menurunkan ramalan bagi kenaikan kadar tahun ini daripada empat kepada dua. Pengerusi Feds, Janet Yellen minggu lepas memberi jaminan kepada pasaran bahawa Feds akan berhati-hati dalam menaikkan kadar, yang menyatakan bahawa terdapat banyak risiko ketika ini.  Dengan kegawatan pasaran kewangan dan ekonomi global yang semakin perlahan, majlis FOMC memutuskan kenaikan kadar hanya akan membuatkan ekonomi AS akan lebih tertekan.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 276 ribu kepada 271 ribu permohonan.  Di pasaran Jepun pula, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda bakal berucap merasmikan mesyuarat pengurus cawangan BoJ di Tokyo.  Beliau mungkin akan memperkatakan tentang rancangan BoJ selanjutnya dalam menjana pemulihan ekonomi Jepun, selepas kadar negatif diperkenalkan baru-baru ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register