Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen susut sekitar 40 pips Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 124.95 sebelum menutup sekitar paras 124.70; setelah para pedagang mula mengambil untung mingguan dan bersedia untuk kenyataan polisi kewangan dari BoJ hari ini.  Selain itu komen dari ahli Feds lain yang bertentangan dengan kenyataan presiden Feds Atlanta, menyebabkan kebingungan pasaran.

Para pedagang mengukuhkan keyakinan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan “interest rate” sebelum tahun ini berakhir setelah ekonomi AS semakin kukuh. Pasaran hadapan “interest rate” menunjukkan kemungkinan kenaikan ini pada bulan hadapan mencapai 48% semalam, meningkat daripada 38% peratus pada awal minggu ini.

“Kenaikan pada September oleh Feds seolah-olah menjadi kata sepakat di kalangan peserta pasaran,” menurut Chris Weston, ketua strategi pasaran di IG Ltd yang berpangkalan di Melbourne. Ia kini jelas bahawa toleransi Feds terhadap gaji rendah telah meningkat dan kita tidak perlu melihat peningkatan dramatik dalam trend gaji sebelum kenaikan “interest rate”. Ini menjadikan data kadar pengangguran aspek yang paling penting dalam laporan pekerjaan AS hari ini ”

Hari ini AS bakal melaporkan “Non-Farm Payroll” yang dijangka menurun dari 223 ribu kepada 222 ribu dengan kadar pengangguran kekal pada 5.3%.  Pendapatan purata sejam pula dijangka meningkat dari 0% kepada 0.2%

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register