Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-005

Dollar Yen melonjak lebih 85 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 123.35 sebelum menutup sekitar paras 123.10; setelah laporan pekerjaan Ameriak Syarikat keluar memberansangkan dengan 211 ribu pekerjaan di tambah berbanding 201 ribu jangkaan dan 298 ribu pada sebelum ini.  Sebelum daripada itu, perbezaan dalam dasar kewangan oleh bank-bank pusat utama telah membuatkan Federal Reserve AS lebih “berhati-hati” untuk meningkatkan kadar faedah, menurut Pengerusi Feds Janet Yellen dalam testimoni beliau kepada kongres Amerika Syarikat.

Beberapa jam selepas Bank Pusat Eropah mengumumkan penurunan kadar dan pelonggaran dasar selanjutnya, Yellen mengakui bahawa dasar yang bertentangan dari Feds telah menghantar nilai Dollar lebih tinggi, sekaligus menganggu eksport AS.  Nilai Dollar yang lebih tinggi membuatkan barangan AS lebih mahal bagi pemegang matawang lain, sekaligus mengekang permintaan tambahan.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Apabila kita mempunyai dasar kewangan yang berbeza di seluruh dunia, ia selalunya bermakna bahawa akan ada pergerakan kadar pertukaran yang mengiringi dasar tersebut. Kita telah melihat fenomena tersebut sejak setahun setengah yang lepas,” kata Yellen kepada kongres AS. Namun, laporan NFP yang memberansangkan dan kadar pengangguran yang stabil pada 5%, serta pendapatan purata sejam yang keluar seperti jangkaan; telah menguatkan sentimen kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC minggu depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register