Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-005

Yen mendapat permintaan apabila nilai tukaran USD|JPY susut lebih 80 mata sepanjang sesi Asia, sebelum memecah paras terendah Asia, sekitar 118.50, selepas menstabil semula pada sesi dagangan petang London Selasa semalam.  Walau bagaimanapun, permintaan untuk Yen terus bertambah sepanjang sesi dagangan New York, apabila “non-manufacturing PMI” AS keluar jauh meleset dari jangkaan, 56.2 berbanding 58.2  Pada masa yang sama, “Services PMI” Jepun yang dilaporkan lebih baik dari sebelumnya, 51.7 berbanding 50.6, dan juga krisis politik Greece serta keadaan ekonomi yang meruncing di Itali dan Sepanyol; mendorong para pedagang matawang terus menerus membeli Yen, sehingga mencapai 118.05, sebelum menstabil semula.

Walau bagaimanapun, pandangan dalam jangka masa terdekat masih melihat paras yang lebih tinggi, lantaran data ekonomi Jepun secara keseluruhan seperti inflasi, jualan runcit, produktiviti, dan pendapatan pekerja masih mengecewakan.  Tambahan pula, komen yang tidak memberansangkan dari Gabenor Kuroda tambah mendorong penjualan Yen.  Pada masa yang sama, semua petunjuk ekonomi masih memberi “bullish” sentimen untuk US Dollar dan data CFTC juga menunjukkan pembelian Dollar yang bertambah.

telegram-moshed

Hari ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan “ADP employment change” yang dijangka lebih baik dari sebelumnya,225 ribu berbanding 208 ribu, dan “trade balance” dengan defisit yang dijangka mengurang.  Keadaan ini dijangka mendorong pembelian semula Dollar.  Tiada sebarang data ekonomi dari Jepun hari ini.

Buka akaun forex anda di sini. Mudah deposit guna Debit Card Maybank, CIMB dan Bank Tempatan lain. Deposit tanpa cas. – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register