728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen terus merudum untuk hari keempat Rabu semalam, lebih 85 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥118.25 sebelum menutup sekitar paras ¥118.45; setelah permintaan untuk Yen terus meningkat apabila kebimbangan dengan pertumbuhan global terus menghantui pasaran, selepas data PMI perkhidmatan China meleset dari jangkaan. “China masih merupakan risiko yang dipandang ringan,” menurut Rainer Michael Preiss, pakar strategi dari Taurus Wealth Advisors Bhd, memberitahu Bloomberg TV di Singapura.

Aktiviti dalam sektor perkhidmatan China berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh 17 bulan pada bulan Disember lalu, apabila Indeks Caixin/Markit PMI perkhidmatan dilaporkan pada 50.2 mata berbanding jangkaan 52.3 mata dan 51.2 mata pada bulan November. Ini adalah satu lagi petunjuk lagi bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin kehilangan tenaga. Pembuat dasar dan ahli ekonomi berharap bahawa pertumbuhan dalam perkhidmatan akan mengimbangi kelemahan yang berterusan dalam sektor pembuatan China, namun ianya meleset.

telegram-moshed

“Cara yang paling elegan untuk keluar dari masalah yang sangat rumit ini ialah dengan menurunkan lagi nilai mata wang dan ini akan memberi kesan yang sangat negatif kepada Asia khususnya, dan juga di pasaran negara membangun lain. Itu belum difaktorkan sepenuhnya.” tambah Rainer lagi. Kathy Lien, pengarah urusan strategi FX di BK Asset Management, menulis bahawa Dollar AS dan Yen Jepun dibeli kerana “China dalam kemelut ekonomi, data AS semakin lemah, Jepun enggan menambah rangsangan dan harga minyak terus jatuh, tetapi ketakutan paling besar adalah bahawa pasaran saham akhirnya mencapai puncak.”

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register