Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Mac 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras terendah harian sekitar ¥114.25 ke serendah ¥113.10 sebelum menutup sekitar paras ¥113.75; setelah data pekerjaan AS dilaporkan bercampur-campur, dengan angka NFP yang lebih baik dari jangkaan tetapi pendapatan purata sejam menunjukkan penurunan yang ketara.

Di pasaran AS Jumaat lalu, pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) menambah lebih 242 ribu pekerjaan, berbanding 195 ribu jangkaan dan 172 ribu pada sebelumnya dan kadar pengangguran dilaporkan stabil pada 4.9%. Namun angka itu tidak bermakna selepas pendapatan purata sejam dilaporkan menurun dari 0.5% kepada 0.1% dibawah sifar, berbanding 0.2% jangkaan penganalisis.

telegram-moshed

Angka yang bercampur-campur ini, tidak banyak membantu sokongan untuk Dollar lantaran spekulasi kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC bulan ini kian pudar.  Kegawatan pasaran kewangan yang berlaku baru-baru ini serta kelemahan ekonomi global terutamanya di China, mendorong ramai penganalisis menarik balik sebarang kenaikan kadar AS pada tahun ini.

Hari ini Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda bakal berucap di Persatuan Ekonomi Antarabangsa Yomiuri di Tokyo, dan beliau mungkin menyentuh perihal kadar negatif yang dicadang diguna pakai pada mesyuarat BoJ bulan Januari lalu. Cadangan yang ditentang bank komersil itu, bakal menyaksikan BoJ mengenakan caj ke atas dana semalaman yang disimpan di BoJ oleh bank-bank komersil Jepun.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register