728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen terus merudum 80 pips Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 120.05 sebelum menutup sekitar paras 119.45; selepas Dollar terus dijual apabila laporan “ADP Non-Farm Employment Change” AS dilapor mengecewakan, 169 ribu pertambahan pekerja berbanding 199 ribu jangkaan dan 175 ribu pada sebelumnya. Data-data yang lemah terus memudarkan harapan untuk kenaikan “interest rate’ AS, sekaligus menyebabkan Dollar dijual.

Selasa lalu, Indeks bukan perkilangan pengurus pembelian ISM (PMI) telah dilaporkan pada 57.8 pada bulan April, meningkat daripada 56.5 pada bulan Mac, mengatasi ramalan yang menjangka sedikit kelembapan. Kenaikan yang tidak dijangka dalam indeks itu menguatkan teori bahawa kelembapan suku pertama dalam ekonomi Amerika Syarikat adalah sementara, menurut para pedagang.

Dolar AS jatuh di bawah paras 120 berbanding yen Jepun pada Isnin lalu, selepas komen dari penasihat kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. Yen Jepun dijangka diniagakan lebih tinggi hari ini disebabkan oleh kenaikan penghindaran risiko dalam sentimen pasaran, sekaligus memberikan sokongan kepada mata wang ‘safe-haven’. Selain itu, kelemahan dalam Indeks Dollar Amerika Syarikat akan menyokong mata wang utama.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register