728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 7 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen susut lebih 150 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 118.60 sebelum menutup sekitar paras 119.00; setelah laporan Non-Farm Payroll (NFP) AS dilaporkan meleset pada 173 ribu berbanding 215 ribu jangkaan dan 245 ribu pada sebelumnya.  Sebelum daripada itu komen ECB pada Khamis terus menyaksikan pasaran menambah permintaan untuk ‘safe-haven’ yen.

Encik Marion Draghi menunjukkan pertumbuhan yang lebih rendah di Zon Eropah sehingga tahun 2017. Beliau menyatakan kebimbangan terhadap pasaran saham dan kelembapan ekonomi China yang dijangka berterusan dan menyebabkan ketidaktentuan pasaran global, sekaligus mempengaruhi pemulihan ekonomi Euro-Zone.

telegram-moshed

Kedudukan China sebagai GDP ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan Eropah, sudah pasti mempengaruhi permintaan terhadap bahan mentah untuk aktiviti ekonominya.  Matawang komoditi terjejas teruk ekoran dari sentimen ini, dan ketakutan para pelabur telah menyebabkan matawang safe-haven seperti yen dan logam berharga mula mendapat permintaan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register