728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

Dollar Yen terus merudum untuk hari kelima Khamis semalam, lebih 220 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥107.65 sebelum menutup sekitar paras ¥108.18; setelah ucapan Gabenor Bank of Japan dan Dollar AS yang terus melemah. Yen yang lebih kukuh terus memberati pasaran saham Jepun, dengan penanda aras indeks Nikkei 225 kini jatuh 0.22% pada pertengahan sesi dagangan semalam.

Sebelum daripada itu, ketua setiausaha kabinet Jepun Yoshihide Suga memberitahu media bahawa turun naik yang berlebihan dan pergerakan matawang yang tidak menentu akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Jepun. Yen terus mengukuh, selepas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memberi amaran terhadap campur tangan dalam pasaran matawang.

telegram-moshed

Gabenor Kuroda berkata, BoJ akan mengekalkan QQE dengan kadar negatif selama mana yang diperlukan untuk mencapai inflasi 2% secara stabil. BoJ akan mengambil langkah-langkah pelonggaran tambahan melalui kuantiti, kualiti pembelian aset dan kadar jika diperlukan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register