728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen terus memacu naik lebih 30 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 123.45, sebelum susut semula pada sesi New York dan kemudiannya menutup sekitar paras 123.35, lebih tinggi dari pembukaan sekitar 123.20; setelah mata wang Amerika itu pulih dari kejatuhan selepas keputusan ECB yang mengejutkan pasaran. Laporan pekerjaan AS yang memberansangkan Jumaat lalu seolah-olah telah mengunci kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC minggu depan dan kini pasaran mengkaji berapa kali dan berapa besar kenaikan tersebut.

Di pasaran Jepun, Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda terus menegaskan janjinya untuk memantau program-program ekonomi dan rangsangan, walaupun BoJ telah mengelakkan daripada sebarang rangsangan tambahan. Gaji dilaporkan berkembang 0.7% pada Oktober lalu, daripada tahun sebelumnya kepada purata ¥266,309, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun dalam satu laporan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kenaikan gaji untuk bulan keempat berturut-turut serta peningkatan dalam bayaran lebih masa, mencerminkan kenaikan skala gaji yang diputuskan dalam rundingan pekerja-pengurusan pada pada musim bunga Shinto lalu.  Kenaikan pendapatan bulanan secara keseluruhan, termasuk bonus dan kerja lebih masa disamping gaji tetap, adalah lebih tinggi sedikit daripada anggaran kenaikan 0.5% dalam kaji selidik Bloomberg.

Laporan itu yang berdasarkan kepada kaji selidik syarikat yang mempunyai lima atau lebih pekerja, juga menunjukkan bahawa indeks upah sebenar Jepun, selepas pelarasan harga, meningkat 0.4% – peningkatan untuk bulan keempat berturut-turut.  Data kerajaan Jepun menunjukkan trend pertumbuhan upah nominal sedang mengatasi kenaikan harga barangan. Kerajaan dan BoJ telah mendesak sektor swasta untuk menjana kenaikan gaji yang kukuh bagi memacu pertumbuhan ekonomi, dalam usaha untuk menyemarakkan inflasi kepada sasaran 2%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register