728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004Dollar Yen melonjak semula hampir 150 mata dari paras terendah Selasa lalu, ke sekitar 119.55 pada sesi pembukaan New York Rabu semalam, apabila “employment change” dan “trade balance” Amerika Syarikat dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan.  Jumlah pekerjaan menokok kepada 241 ribu berbanding 225 ribu jangkaan, dan defisit belanjawan mengurang lebih baik dari jangkaan, $4.4 bilion berbanding $1.4 bilion.

Pada masa yang sama, para pelabur dan pengurus dana mula memberikan tumpuan kepada minit mesyuarat FOMC yang bakal dikeluarkan pada petang sesi dagangan New York Rabu Semalam.  Yen yang pada awalnya mendapat permintaan lantaran krisis politik di Greece dan pasaran global yang tidak menentu; dijangka akan terus dibeli sepanjang bulan ini bagi tujuan pengawalan risiko, terutamanya apabila nilai tukaran USD|JPY mencapai paras tertinggi bulan lalu, sekitar 121.85, iaitu yang tertinggi dalam masa 9 tahun.

Di Jepun, Index Nikkei melonjak semula hampir 600 mata untuk kembali ke harga sokongan minggu lepas yang dipecahkan, sekitar 17,200.  Keadaan ini dilihat bersifat sementara apabila pasaran dilihat menutup bulan lepas dengan “bearish doji” dan dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun sehingga Jumaat, pasaran dilihat terus memihak kepada Dollar, terutamanya apabila “unemployment claims” dijangka mengurang dari 298 ribu kepada 290 ribu.  Bagaimanapun, sentimen NFP yang bearish mungkin sedikit mengekang pembelian Dollar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register