Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen terus memacu naik lebih 140 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi bulanan yang baru, sekitar 125.85 sebelum menutup sekitar paras 125.55 kemudiannya; terkesan dari permintaan untuk Dollar yang bertambah berbanding Yen ekoran data NFP Amerika Syarikat yang begitu memberansangkan.  Non-Farm Payroll menambah kepada 280 ribu pekerja berbanding 221 ribu sebelum ini dan 222 ribu jangkaan.

Sebelum daripada itu, data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat jatuh sebanyak 8 ribu kepada 276 ribu pada minggu lalu. Bilangan penganggur yang masih menerima bantuan selepas seminggu menganggur, jatuh sebanyak 30 ribu kepada 2.2 juta – angka yang paling rendah dalam tempoh 15 tahun. Produktiviti sektor bukan perladangan pula telah menyemak turun dari -1.9% kepada -3.1% pada suku pertama 2015.

Kenaikan nilai Dollar AS kini adalah yang ketiga terpanjang tanpa pembetulan. Pertengahan 1990-an mempunyai pacuan lebih lama iaitu tujuh tahun sebelum ada pembetulan 10%. Tabung Kewangan Antarabangsa mahu Federal Reserve menunggu sehingga 2016 sebelum ia menaikkan “interest rate”nya dari paras terendah dalam sejarah mereka. Ekonomi Amerika Syarikat belum cukup sihat untuk bertindak sebelum daripada itu, menurut kesimpulan IMF.

Di pasaran Jepun pula, Ahli Bank of Japan yang baru, Harada, didapati rapat bersekutu dengan rakan-rakan penyokong dasar pengembangan monetari yang pengaruhnya meningkat apabila Perdana Menteri Shinzo Abe mengambil alih jawatan pada Disember 2012. Selepas menyalahkan dasar BoJ yang lemah sebelum Gabenor Kuroda yang menyumbang kepada 10 tahun deflasi Jepun, pada tahun 2013 beliau menyunting buku mengenai langkah-langkah reflationari untuk memulihkan ekonomi bersama-sama dengan Kikuo Iwata, Timbalan Gabenor BoJ dan jua penasihat kepada Abe, Koichi Hamada.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register