Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen yang menjunam lebih 50 pips pada petang Asia Khamis semalam, kembali memacu naik pada pagi New York untuk mencapai paras tertinggi sekitar 119.85, sebelum menutup sekitar paras 119.75; setelah Dollar kembali mendapat permintaan terkesan dari data “unemployment claims” AS yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 265 ribu berbanding 277 ribu yang menunjukkan pasaran buruh yang lebih baik.

Pasaran Jepun dibuka semula Khamis semalam, selepas cuti panjang yang menyaksikan pasaran ditutup sejak Sabtu lepas. Pasaran saham Jepun jatuh selepas pasaran dibuka semula dari cuti, dengan penurunan eksport terkesan dari data ekonomi AS yang lemah; sekaligus menyebabkan nilai yen yang lebih tinggi.

“Ekonomi AS dijangka berada pada paras terendah bulan Mac lalu dan pulih pada suku kedua, tetapi setakat ini angka untuk bulan April amat mengecewakan,” menurut Mitsushige Aquino, pegawai eksekutif di Ichiyoshi Asset Management Co di Tokyo. “Sentimen boleh mengeruhkan lagi pasaran, bergantung kepada laporan NFP April. Mood ‘risk-off’ boleh meningkat lagi jika keadaan ekonomi Amerika Syarikat dianggap lemah, dan itu dengan mudah boleh menghantar yen kepada 117 bagi setiap dolar.”

Majikan Amerika menambah 169 ribu pekerja pada bulan April, yang paling sedikit dalam lebih setahun, menurut laporan dari Institut Penyelidikan ADP di Roseland, New Jersey AS. Ramalan median dari 43 pakar ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg adalah peningkatan sebanyak 200 ribu.  Malam ini pula data NFP dijangka bertambah baik dari 126 ribu kepada 227 ribu tambahan perkerja dan kadar pengangguran dijangka menurun 0.1% kepada 5.4%

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!