728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen susut lebih 65 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥122.70 sebelum menutup sekitar ¥122.90; setelah lebihan akaun semasa Jepun meningkat 72.3% daripada setahun yang lalu, pada bulan Oktober lalu, lebihan untuk bulan ke-16 berturut-turut, setelah dirangsang oleh import minyak yang menjunam dan peningkatan dalam sektor pelancongan.  Namun, angka GDP Jepun yang mengecewakan mengekang pergerakan.

Lebihan dalam imbangan akaun semasa – salah satu ukuran perdagangan antarabangsa sesebuah negara – berada pada ¥1.46 trilion ($11.83 bilion) yang disokong oleh lebihan dagangan barang-barang sebanyak ¥200.2 bilion, menurut Kementerian Kewangan Jepun semalam.  Sebelum daripada itu, barang-barang perdagangan berada pada defisit sebanyak ¥764.9 bilion pada tahun sebelumnya, dengan eksport jatuh 3.7% kepada ¥6.33 trilion manakala import turun 16.4% kepada ¥6.13 trilion. Nilai import minyak mentah menurun 49.2% apabila purata harga minyak susut 52.5% kepada sekitar $47.88 setong. Nilai import gas asli cecair jatuh 42.4%.

telegram-moshed

Ekonomi Jepun telah mengelakkan kemelesetan teknikal pada suku ketiga lalu, apabila pelaburan perniagaan menokok, menurut data yang disemak semula semalam; sekaligus mengurangkan tekanan ke atas Bank of Japan untuk menyediakan lebih banyak rangsangan bulan depan. Data kerajaan yang disemak semula semalam menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) tahunan Jepun pada suku ketiga, meningkat pada kadar 1%, berbanding dengan bacaan awal untuk penguncupan sebanyak 0.8%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register