banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003Dollar Yen memacu naik lagi, lebih 110 mata, sepanjang sesi Asia Khamis semalam, selepas membuat paras terendah sesi New York sekitar 118.85 apabila minit mensyuarat FOMC melaporkan Federal Reserve AS, bertegas mahu menaikkan “interest rate” pada tahun ini, walaupun kadar inflasi AS masih rendah dan dibawah sasaran.  Apa yang lebih merunsingkan Feds adalah perkembangan ekonomi global yang dilihat semakin melemah, dengan kejatuhan terus-menerus harga minyak dunia.

Spekulasi pasaran mengatakan, Federal Reserve AS akan tetap menaikkan “interest rate” walaupun ECB bakal memulakan “Quantitave Easing” (QE) pada bulan ini bagi menjana ekonomi Kesatuan Eropah.  Di Jepun pula program ransangan ekonomi ala “Abenomics”, kali ini dengan versi 2.0 yang menyaksikan pertambahan dana sebanyak 3.5 trilion Yen bagi menjana ekonomi, melalui pembelian aset komersil di pasaran terbuka, bakal terus melemahkan Yen.

Hari ini, Jepun yang bakal melaporkan “coincident index” dan “economic index” yang berimpak sederhana bakal berdepan dengan “Non Farm Payroll” (NFP) dan “unemployment rate” dari Amerika Syarikat.  NFP yang dijangka mengurang dari 321 ribu kepada 240 ribu dilihat bakal mengekang sedikit pembelian terus Dollar walaupun kadar pengangguran AS dijangka mengurang dari 5.8% kepada 5.7%

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register