USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

0 6

Dollar Yen susut lebih 105 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥112.40 sebelum menutup sekitar paras ¥112.60; setelah aset ‘safe-haven’ mendapat permintaan apabila laporan perdagangan China yang lemah, membuatkan kebimbangan tentang ekonomi global menguasai semula pasaran.  Pada masa yang sama, laporan GDP Jepun yang memberansangkan menguatkan sokongan belian untuk Yen.

Di pasaran Jepun, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara matahari terbit itu dilaporkan pulih daripada 0.4% dibawah sifar kepada 0.3% dibawah sifar, walaupun pasaran menjangkakan angka tersebut akan stabil pada 0.4% dibawah sifar.  Keputusan tersebut memberikan sedikit harapan bahawa ekonomi Jepun tidaklah seteruk yng disangka, tetapi ramai penganalisis berpendapat yang ianya berisiko untuk menggagalkan rancangan ‘Abenomics’.

Penggunaan ekonomi swasta adalah pemberat utama kepada ekonomi Jepun pada suku keempat, menurun 3.4% pada asas tahunan, berbanding anggaran 3.3%. Pertumbuhan gaji pula telah ditinggalkan inflasi dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menyebabkan pengguna kehilangan kuasa membeli dan lebih berhati-hati dalam berbelanja.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun mahupun AS hari ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa