728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen memacu naik lebih 150 pips, dari paras terendah pagi sesi dagangan New York, sekitar 119.77, Jumaat lepas untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.28; setelah data NFP dan “unemployment” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  NFP melaporkan pertambahan sebanyak 295 ribu pekerja berbanding 240 ribu jangkaan.  Data 257 ribu untuk sebelumnya, dikemas kini kepada 239 ribu.  Pada masa yang sama, “unemployment” dilaporkan pada 5.5% berbanding 5.6% jangkaan dan 5.7% pada sebelumnya.

Keadaan pasaran buruh yang dilihat lebih baik melalui laporan NFP ini, bakal menambah keyakinan para pelabur yang Federal Reserve Amerika Syarikat bakal menaikkan “interest rate” pada tahun ini.  Walau bagaimanapun, apabila dilihat dengan lebih dalam, “average hourly earnings” tahunan, ia sebenarnya menyusut dari 2.2% kepada 2%.  Keadaan ini menunjukkan, walaupun jumlah pekerja bertambah, gaji mereka secara purata semakin berkurang.

Awal pagi Isnin, Jepun bakal melaporkan GDP tahunan dan suku ke-4 2014 yang dijangka stabil pada 2.2% dan 0.6%  Tiada sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat.  Pasaran dijangka ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register