Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-005

Dollar Yen terus memacu naik untuk hari kelima berturut-turut, lebih 160 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 123.25 sebelum menutup sekitar paras 123.15; setelah laporan pekerjaan AS keluar memberansangkan.  Sektor bukan perladangan (NFP) menambah 271 ribu pekerjaan berbanding 181 ribu jangkaan dan 137 ribu sebelumnya.  Pendapatan purata sejam menokok 0.4% berbanding jangkaan 0.2% dan 0% pada sebelumnya.  Kadar pengangguran pula kekal tidak berubah pada 5%.

Indeks Dollar meningkat ke paras tertinggi dalam masa 6 bulan, sekitar 99.45 sebelum menutup sekitar paras 99.25.  Laporan yang memberansangkan ini menguatkan sentimen keyakinan untuk kenaikan kadar pada Disember ini. Sebelum daripada itu, Dollar telah melonjak apabila pegawai Fed termasuk Pengerusi Janet Yellen menegaskan bahawa mereka mungkin menaikkan kadar bulan depan jika data menyokongnya.

telegram-moshed

Di pasaran Jepun pula, Yen lemah 0.9% minggu ini, kepada sekitar ¥121.70 bagi setiap Dollar sebelum mencecah setinggi ¥123.25 apabila pasaran pekerjaan AS dilaporkan memberansangkan; dan merupakan paras yang sama apabila pasaran saham China menjunam 15% selama dua hari, dan menghantar pelabur bergegas untuk matawang ‘safe-haven’ seperti Yen.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register