Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY fundamental analisis 11 September 2014

USDJPY terus mencatatkan peningkatan untuk berdagang pada harga $106.26, iaitu melebihi julat dagangan atau purata. Banyak tanda-tanda menunjukkan Bank Of Japan akan menambah rangsangan untuk membantu plan pemulihan ekonomi. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kebimbangan daripada para pelabur tentang kesan penurunan kuasa membeli Yen. Daisuke Karakama, Ketua Ekonomi pasaran Mizuho Bank berkata, setelah tinjauan dibuat oleh Unit Ukur Korporat Reuters, lebih daripada 90% eksekutif di 400 buah syarikat di Jepun mahu melihat kadar tukaran Yen kepada Dollar Amerika adalah dalam lingkungan $90-$110. Hanya 5% sahaja mahukan Yen melemah melebihi $110.

Yen lemah dilihat sebagai rahmat bagi pengeksport Jepun, yang mana keuntungan telah meningkat apabila barang-barang mereka menjadi lebih murah dan lebih menarik di pasaran luar negara. Ia juga baik buat pembuat dasar untuk mencari peluang mengalahkan deflasi. “Terdapat faktor-faktor positif dan negatif yang datang dari yen yang lebih lemah, tetapi saya akan berkata pencapaian sasaran inflasi 2% yang perlu diutamakan, kerana deflasi telah menjadi isu yang paling buruk bagi ekonomi Jepun sejak 17 tahun lalu,” kata Junko Nishioka, Ketua Ekonomi di RBS Sekuriti Jepun.

“Tetapi yen yang lebih lemah akan meningkatkan kos import dari luar negara, dan akan merosakkan status pendapatan pengimport Jepun,” katanya.

yen-usd

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!