Share This Post

Forex dan Komoditi / USD/JPY

Usd/Jpy Jatuh 100 Pip Pagi Tadi & Bangkit 110 Pip Hari Ini

Usd/Jpy Jatuh 100 Pip Pagi Tadi & Bangkit 110 Pip Hari Ini

Usd/Jpy didagangkan dalam keadaan volatile (turun-naik) dalam sesi dagangan hari ini setelah jatuh lebih dari 100 pip sehingga tengah hari tadi.

Pasangan matawang ini jatuh dari 116.21 ke paras terendah 115.20 sekitar tengah hari tadi waktu Malaysia. Selepas mencapai paras terendah, Usd/Jpy seakan terpantul dan ketika ini sedang melepasi 116.21 dan telah mencatatkan kenaikan 110 pip sejak 12 tengah hari tadi.

Pair ini sedang didagangkan pada harga 116.23 semasa artikel ini ditulis dan untuk meneruskan kenaikan, Usd/Jpy perlu menembusi paras tertinggi hari ini dahulu di 116.21. Di 116.21 ini juga terdapat SBR (support become resistance) yang terbentuk dua minggu lepas.

Dalam time-frame weekly, Usd/Jpy membentuk candle ‘doji’ dengan julat pergerakan 354 pip pada minggu lalu yang menunjukkan pergerakan yang begitu volatile dalam tempoh tersebut. Pergerakan ini disebabkan ketidaktentuan politik di US ketika ini yang diterjemahkan dalam minit mesyuarat FOMC dan juga data NFP pada Jumaat.

Jika dilihat dalam time-frame Daily pula, sesi dagangan  hari ini hampir membentuk pinbar yang menunjukkan potensi kenaikan Usd/Jpy, hanya jika candle Daily itu ditutup sebagai pinbar dalam penutupan sesi New York hari ini.

Dalam sesi Rabu dan Khamis, tiada news impak tinggi dari kedua-dua negara US dan Jepun. Pasaran akan memberi perhatian kepada data yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini iaitu harga pengeluar US (PPI) dan jualan runcit (retail sales).

Usd/Jpy time-frame Daily

 

Usd/Jpy Time-frame 1 Jam

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal