728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia / USD/JPY

USD/JPY Mencatat Volatility Tertinggi Sejak Krisis Kewangan Tahun 2008? Anda Kena Ambil Tahu!

USD/JPY Mencatat Volatility Tertinggi Sejak Krisis Kewangan Tahun 2008? Anda Kena Ambil Tahu!

Yen mengukuh dalam keadaan pasaran yang gelisah pada hari Jumaat, serta melonjak ke nilai tertinggi dalam tempoh 2 ½ minggu berbanding US Dolllar. Hal ini kerana pelabur bersiap sedia menghadapi keputusan BoJ hari ini yang dijangka mengecewakan pasaran dengan langkah yang lebih radikal.

Dolar jatuh 0.5%, sebelum tergelincir serendah 103.30, nilai terendah sejak 12 Julai.

Semalaman, USD/JPY turun naik melebihi 50% pada hari Khamis, volatility paling tinggi sejak krisis kewangan pada tahun 2008.

telegram-moshed

Sementara itu, EUR/JPY telah mencatat angka 116.07, turun 0.4%.

Kebiasaannya, BoJ akan mengumumkan sebarang dasar pada waktu tengah hari di Tokyo (0300 GMT), walaupun bank tersebut tidak menetapkan masa yang tepat.

Peningkatan besar dalam pembelian bon serta pengembangan aset berisiko seperti exchange-traded fund (ETF), mungkin akan menjadi pilihan BoJ jika mereka bank tersebut mahu mengejutkan pasaran dengan pelonggaran dasar secara besar-besaran. Pendapat ini dikemukakan oleh sumber-sumber yang telah biasa dengan sudut pandang perbankan.

“Walaupun langkah yang bakal diambil oleh BoJ itu dikatakan bakal mewujudkan kesan sinergi, langkah pengurangan tambahan ini tidak seharusnya menggunakan ‘wang helikopter’,” kata Harumi Taguchi, ahli ekonomi utama di IHS Markit, Tokyo.

Beliau menambah, langkah yang diambil BoJ tidak seharusnya mendorong kadar inflasi yang lebih cepat sehingga nilai 2%. Beliau juga berpendapat, apa-apa keputusan dari BoJ akan menambah volatility dalam pasaran tukaran asing, pendapatan tetap dan ekuiti.

Selain itu, BoJ juga sedang mempertimbangkan langkah-langkah tertentu untuk mengembangkan rangsangan monetari. Hal in untuk menangani tanda-tanda kelemahan dalam inflasi, kata satu sumber.

Data yang dikeluarkan pada Jumaat ini dikatakan bakal memberi tekanan kepada penurunan harga. Indeks harga pengguna Jepun merudum 0.5% pada bulan Jun dari tahun sebelumnya.

Kerajaan Jepun turut mengumumkan pakej rangsangan yang mengejutkan bernilai 28 trillion yen pada Rabu lalu. Hal ini sekali gus meletakkan tekanan rangsangan terbabit di mahkamah bank pusat.

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan 6 unjuran mata wang utama menurun sebanyak 0.2% kepada 96.585.

Data ekonomi pada hari Khamis turut memberi tekanan buat US Dollar. Nilai perdagangan Amerika syarikat yang defisit melebihi jangkaan sebanyak $63.6 billion. Selain itu, kenaikan kadar pengangguran baru, disamping keputusan mensyuarat Fed yang mengekalkan kadar faedah juga menjadi faktor kepada isu terbabit.

Pelabur juga menunggu bacaan awal kerajaan Amerika Syarikat pada suku kedua KDNK yang bakal dikeluarkan pada hari Jumaat. Ekonomi dijangka berkembang pada kadar tahunan sebanyak 1.8% dalam jangkaan model oleh Atlanta Federal Reserve pada hari Khamis.

Euro meningkat 0.1% kepada $ 1,1083, meningkat 1% untuk minggu tersebut.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register