Share This Post

Inspirasi

Wahai Anak Muda, Artikel Inilah Yang Wajib Anda Baca

Wahai Anak Muda, Artikel Inilah Yang Wajib Anda Baca

CEO Goldman Sachs adalah salah seorang daripada yang berjaya dalam dunia kewangan.

Pada usia 61, Llloyd Blankfein merupakan CEO Goldman Sachs untuk 10 tahun. Lloyd diisytihar sebagai seorang billionaire pada 2015.

Pun begitu, Lloyd tidak pernah terfikir yang dia akan mencapai ke tahap yang sekarang.

Dalam ucapannya kepada intern Goldman Sachs minggu lalu, Lloyd memberi satu nasihat yang sangat penting dan juga memberitahu :

“Jika awak bertanyakan pada saya adakah saya memang merancang untuk berada dalam Goldman Sachs? Adakah cita-cita saya ingin menjadi seorang CEO di sebuah bank yang besar? Jawapannya tidak sama sekali.”

Tambahnya, “Terus terang saya cakap, semasa saya berusia pertengahan malah penghujung 20-an saya masih lagi bekerja di sebuah firma guaman dan ketika itu saya sangat nervous dengan diri saya yang tidak mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan saya.”

Llyod membesar di Brooklyn dan kemudiannya ke Harvard Law School dan menjadi seorang peguam selama 5 tahun sebelum menjadi seorang salesman syarikat J.Aron & Co yang kemudiannya dibeli oleh Goldman Sachs.

Tegas Lloyd lagi, “Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya mahu buat yang terbaik. Namun untuk menjadi yang terbaik, saya perlu bermula dari bawah. Ingatlah, usia mudalah untuk bermula segala dan pelaburan terbaik adalah pelaburan terhadap diri sendiri.”

Antara nasihatnya juga adalah :

“Perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah buatlah yang terbaik.”

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register