728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Wahai Para Trader, Sudah Bersediakah Anda?

Wahai Para Trader, Sudah Bersediakah Anda?

Dalam waktu kurang 24 jam 3 bank utama dunia akan mengumumkan keputusan dasar kewangan yang dibincangkan.

Hari ini Bank of Japan akan bermesyuarat dan akan mengadakan konferens media diikuti dengan FOMS pada jam 2:00 – 2:30 pagi nanti kemudian RBNZ akan mengeluarkan kenyataan pada 5:00 pagi esok.

Previu Bank of Japan

telegram-moshed

Mesyuarat FOMC antara yang paling ditunggu namun kejutan terbesar mungkin adalah daripada Bank of Japan.

Bank of Japan pernah membuat kejutan sebelum ini dan kali ini terdapat spekulasi mengatakan bahawa mereka akan memotong interest rate dengan lebih dalam ke paras negatif.

Melihat pada laporan ekonomi yang berubah sejak Julai, sebenarnya ekonomi Jepun terdapat sedikit perubahan yang baik dari segi perbelanjaan pengguna.

Namun apa yang kurang baiknya adalah sektor eksport yang lemah dan inflasi yang rendah, kedua-dua ini merupakan masalah besar Jepun.

Dengan penguatan Yen baru-baru ini, aktiviti sektor pembuatan dan eksport menjadi kerisauan Jepun dan menyebabkan mereka mempertimbang untuk mengambil langkah untuk melonggarkan dasar mereka.

Terdapat beberapa perubahan yang boleh dilaksanakan mereka termasuklah membeli bond jangka masa panjang lebih sedikit dan banyakkan membeli bond jangka masa pendek.

Mereka juga boleh mengabaikan timeline matlamat inflasi sebanyak 2%. Kedua-dua langkah ini boleh menyebabkan Yen lemah sebelum pelabur mula membelinya kembali.

Tindakan yang lebih agresif diperlukan namun BoJ mungkin akan menantikan data yang mencukupi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

[Previu FOMC akan diupdate]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register