banner-mutm-728x90

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Waktu Pagi Bagi Forex Trader

Mesti anda pernah tertanya-tanya, apa yang forex trader lakukan pada pagi hari. Ya lah, anda yang bekerjaya mungkin awal pagi, perlu bersiap dan bergegas ke tempat kerja, tetapi adakah anda pernah terfikir apa yang dilakukan oleh seorang forex trader yang trade forex dari depan komputer hanya dari rumah.

Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh orang lain, samada memang sama dengan saya atau tidak. Sebenarnya ia bergantung kepada sesi apa yang anda suka trading. Bagi saya, saya jarang berjaga malam untuk trade forex, kerana kebanyakan movement pair yang saya trade agak slow pada waktu lepas tengah malam. Saya hanya berjaga malam untuk mengkaji, analisis dan buat homework untuk market pagi esoknya. Banyak position order swing saya hanya set and forget, dan jika scalping, kebanyakan aktiviti scalping saya sudah habis sebaik sahaja sebelum pukul 12 malam. Jadi berjaga tengah malam untuk trade bukan pilihan saya, untuk kajian memang ada.

Kadang kala apabila kita trade dari rumah, Bilik Trading Station atau dikenali sebagai SOHO saya pun hanya sebelah Master Bedroom, waktu tidur boleh jadi tidak menentu sebab masa yang flexible. Kadang kala bangun awal pagi, kadang-kadang lepas subuh baru tidur dan sebagainya. Masa memang agak flexible, janji tidak menganggu aktiviti trading kita. Sekarang saya gemar untuk bangun awal pagi untuk membuat kajian dan analisis. Apabila saya membuat kajian trading, laman-laman media sosial seperti facebook dan forum saya jarang menjengah kerana ia akan menganggu konsentrasi saya untuk membuat analisis.

panduan-forex-factory

Screenshot : News-news dari ForexFactory.com

Perkara pertama dan website pertama yang saya akan buka ialah www.forexfactory.com, dan dari sana saya akan perhatikan dahulu, apakah berita-berita utama yang akan memberikan impak kepada pergerakan matawang pada hari ini. Kerana jika kita terlepas pandang perkara ini, memang sangat merugikan. Mungkin ter’scalping’ ketika news release, mungkin terswing ketika bank holiday, salah teknik, tak sesuai dengan masa. Kebiasaanya saya akan masuk order tengah hari sebelum Euro Open dan meneruskan trading sehingga US Open. Jika tiada mood untuk scalping, swing menjadi pilihan. Saya pernah menulis tentang bagaimana manfaatkan banyak akaun bersama cara trading yang berbeza, panduan bahagikan akaun forex.

Perkara yang paling best apabila bangun pagi adalah, Coffee 🙂

good-morning-quote

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register