728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Walau Apa Pun yang Bakal Terjadi Dengan Ekonomi, China Telah Bersedia!

Walau Apa Pun yang Bakal Terjadi Dengan Ekonomi, China Telah Bersedia!

Data perdagangan China melemah pada bulan Julai dengan pertumbuhan eksport dan import yang lebih rendah daripada ramalan awal.

Selera negara terbabit yang semakin berkurangan terhadap pasaran komoditi menjadi salah satu punca pengurangan jumlah import. Manakala, barangan intensif buruh yang melibatkan industri seperti pertanian dan elektronik pula menyumbang kepada pengurangan nilai eksport.

Data eksport, import dan imbangan perdagangan China

Data eksport, import dan imbangan perdagangan China

telegram-moshed

Penurunan yang besar dalam kedua-dua dagangan ini meluaskan lebihan dagangan China dari $4.4 billion kepada $ 52.3 billion bagi bulan Julai.

Sementara itu, ahli-ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan eksport akan kekal perlahan. Brexit sebenarnya telah menggalakkan potensi pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan pada suku ke-3.

Selain itu, pegawai China berkata bahawa kita berada dalam situasi dimana syarat kredit yang paling longgar. Manakala pelaburan swasta pula tidak berkembang sama sekali.

Justeru, China dalam langkah mengurangkan penanda aras kadar faedah untuk memangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh. Ahli-ahli ekonomi Morgan Stanley meramalkan pengurangan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada suku pertama tahun depan.

Bagaimana pun, langkah ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak membawa kepada pengeluaran lebihan modal asing.

Anda sudah biasakan diri anda dengan trading plan dan trading journal ? Jika belum, klik pautan ini !

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register