Share This Post

Saham/Ekuiti

Wall Street Catat Rekod Penutupan Tertinggi, Saham Asia Naik Ke Paras Tertinggi 10 Tahun Lalu

Wall Street Catat Rekod Penutupan Tertinggi, Saham Asia Naik Ke Paras Tertinggi 10 Tahun Lalu

Saham Asia meningkat ke paras tertinggi 10-tahun lalu hair ini, disokong oleh rekod kenaikan tertinggi di Wall Street semalam, sementara dolar yang meningkat berbanding yen turut menyokong kenaikan saham Jepun.

S&P 500, Dow Jones, Komposit Nasdaq kesemuanya merekod penutupan tertinggi berikutan kebimbangan pelabur terhadap risiko ketegangan Korea Utara semakin pudar, termasuk impak ribut taufan Irma yang semakin lemah.

Walau bagaimanapun, para pelabur sentiasa akan terus meneliti kenaikan saham apabila saham Apple Inc jatuh 0.6% dengan pelancaran iPhone terbaru. Apple Inc berjaya menutup sebahagian kerugiannya selepas beberapa jam selepas dagangan dibuka.

Indeks saham terbesar Asia Pasifik, MSCI di luar Jepun meningkat sedikit di awal dagangan hari ini, manakala indeks Nikkei Jepun naik 0.4% ke paras tertinggi sebulan yang lalu, disokong oleh yen yang semakin lemah.

Yutaka Miura, ketua teknikal analisis di Mizuho Sekuriti berkata, “Nikkei tidak naik disebabkan oleh fundamentals ketika ini, tetapi hanya bergantung kepada pergerakan supply dan demand, yen yang lemah membantu pelabur untuk menutup posisi jualan (short) mereka”.

Beliau turut menambah, “Akhir-akhir ini, kita melihat pergerakan yang responsif di awal dagangan, kemudian akan stabil atau profit-taking pada sesi seterusnya, dan hari ini mungkin akan berlaku perkara yang sama”.

Share This Post