banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Wall Street Sangatlah Obses Dengan Lelaki Ini Dan Anda Patut Tahu Siapakah Dia! (Bahagian 1)

Wall Street Sangatlah Obses Dengan Lelaki Ini Dan Anda Patut Tahu Siapakah Dia! (Bahagian 1)

Lelaki ini adalah lelaki yang diadaptasi oleh sebuah buku yang dianggap “trader’s bible” oleh Wall Street iaitu “Reminiscences of a Stock Operator” yang ditulis oleh Edwin Lefevre.

Wall Street sangat obses dengan lelaki ini, Jesse Lauriston Livermore atau terkenal dengan gelaran Boy Plunger : Lelaki yang Short ketika Wall Street Crash pada 1929 (Black Tuesday).

Livermore sepanjang hidupnya meriah dengan lebihan wang, perempuan simpanan, skandal, duit dan bankrupsi.

telegram-moshed

Livermore juga adalah ‘lejen’ yang trade dengan jumlah yang besar dan berjaya meraih keuntungan berjuta-juta ketika market crash tahun itu.

Namun pada 1934, Livermore kehilangan $100 juta itu, 5 tahun selepas memperoleh keuntungan itu.

Livermore diisytihar bankrup sebanyak 3 kali, bercerai sebanyak 2 kali dan bunuh diri pada 1940 – kebanyakan akhbar lebih memaparkan skandal dan kesusahannya berbanding apa yang dicapai olehnya.

Kisahnya secara terperinci diceritakan dalam buku :

  1. Reminiscences of a Stock Operator tulisan Edwin Lefevre
  2. Jesse Livermore – Boy Plunger : The Man Who Sold America Short

Kami tuliskan kisahnya ini dalam bahasa lokal khas untuk pembaca Moshed.com kenal siapakah ‘lejen’ Black Tuesday ini.

Jesse Livermore dilahirkan pada 1877 dalam keluarga petani dan belajar membaca dan menulis seawal umur 3 tahun setengah.

Dilahirkan sebagai anak bongsu dan tidak dirancang oleh ibu bapanya, Livermore diabaikan oleh bapanya namun ibunya mahu Livermore untuk hidup lebih daripada sebagai seorang petani.

Kecerdasan Livermore membolehkannya belajar membaca dan menulis seawal 3 tahun setengah dan pada umur 5 tahun, Livermore sudah mula membaca surat khabar dan sangat suka pada ruangan kewangan dan ekonomi.

Oleh kerana ayahnya seorang yang sangat tegas dan mahukan anak-anaknya menjadi petani, pada umur 14 tahun Livermore tidak dibenarkan ke sekolah dan disuruh untuk bertani.

Livermore tinggalkan rumahnya dan lari disebabkan keazamannya yang mahu lebih daripada menjadi seorang petani.

Pada umur 14 tahun, Livermore bermula sebagai seorang ‘board boy’ di sebuah syarikat bank, Paine Webber.

Livermore tidak pergi ke alamat yang diberikan oleh ibunya, sebaliknya ke sebuah syarikat broker saham, Paine Webber.

Setibanya di situ, Livermore terpesona.

Wajah dan perwatakan Livermore lebih tua 6 tahun berbanding usianya dan ramai yang memberi kepercayaan kepadanya, dan kepercayaan itu tidak pernah dikhianati Livermore.

Livermore berjaya mendapatkan kerja di Paine Webber sebagai ‘board boy’ dan tugasnya adalah mencatat informasi terbaru mengenai saham di papan-papan maklumat di situ dan mendapat bayaran sebanyak $5 seminggu.

Livermore membeli saham pertama pada usia 15 tahun dan meraih keuntungan sebanyak $3.12 daripada modal $5 setelah mengajar diri sendiri tentang ‘trend’.

Livermore belajar trend dengan mencatat nombor ticker dan sedar bahawa nombor-nombor itu bukanlah rawak dan ada pattern sendiri.

Setelah memahami mengenai nombor-nombor itu, Livermore pada usia 15 tahun mengambil keputusan untuk membeli saham dengan $5 daripada ‘bucket shop’ dan meraih keuntungan sebanyak $3.12.

Bermula daripada situ, keuntungan daripada ‘bucket shop’ melebihi gaji yang diperoleh dengan bekerja di Paine Webber.

Pada usia 16 tahun, Livermore berhenti kerja dan mula trade di ‘bucket shop’ sekitar Boston.

Oleh kerana Livermore sentiasa untung, ‘bucket shop’ mengharamkannya untuk trade.

Oleh kerana pengharaman itu, Livermore membela jambang untuk mengelakkan daripada dikenali.

Pun begitu, Livermore akhirnya diharamkan selamanya dan berjaya meraih kuntungan berjumlah $10,000.

1899 Livermor membuat keputusan untuk mencabar dirinya lebih jauh dan ke New York. Livermore mengahwini wanita yang hanya dikenali dalam beberapa minggu.

Pada 1899 Livermore berjumpa dan berkahwin dengan Nettir Jordan. Dalam beberapa minggu setelah perkenalan mereka berkahwin dan beberapa bulan selepas perkahwinan, mereka berpisah.

Livermore lost kesemua wang kerana trade menggunakan nombor ‘ticker’ yang lag sebanyak 30-40 minit berbanding realtime.

Livermore meminta Nettie untuk memajak barang kemas yang dihadiahkan untuk trade dan menyebabkan Nettie marah.

Lost tapi kerana yakin, Livermore kembali ke ‘bucket shop’ St. Louis meraih keuntungan.

Setelah pemilik ‘bucket shop’ mengenali siapakah dia, Livermore menghantar orang lain untuk trade dan berjaya meraih keuntungan sebanyak $5,000.

1901, Livermore berjaya menjana keuntungan yang sangat banyak namun lost kerana trade kapas.

Livermore kembali ke Wall Street dengan keadaan pasaran saham yang sedang bullish.

Pada usia 24 tahun, Livermore berjaya meraih keuntungan sebanyak $50,000 dan rugi kesemuanya akibat trade kapas.

Umur 28, Livermore mempunyai wang sebanyak $100,00 namun dengan keyakinan yang pudar, Livermore pergi bercuti ke Palm Beach.

Akibat tidak konsisten, Livermore mula goyah dengan prestasinya untuk trade saham dan mengambil keputusan pergi bercuti di Palm Beach.

Semasa di sana, Livermore mendapat ilham untuk short saham Union Pacific. Pulangnya ke New York, kawannya menganggap Livermore sudah gila atau mempunyai maklumat dalaman kerana saham Union Pacific dalam keadaan strong bullish!

Gempa bumi berlaku di san Francisco mengakibatkan saham Union Pacific merudum dan Livermore berjaya mendapatkan $250,000 daripada position short.

 

Menarik kan perjalanan hidup Livermore sebagai seorang trader ni? Artikel mengenainya akan disambung dalam bahagian lain. Teruskan bersama kami!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register