728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Wanita ini menemuramah trader berjaya dan mengumpulkan mereka dalam satu buku khas buat trader

Wanita ini menemuramah trader berjaya dan mengumpulkan mereka dalam satu buku khas buat trader

Tahukah anda berapa ramai trader yang gagal dalam bidang ini? 90% mereka yang bergiat dalam bidang trading gagal.

Walaupun begitu setiap hari berjuta manusia biasa di seluruh dunia apabila bangun pada waktu pagi akan membuka chart dan cuba untuk meraih keuntungan untuk menyara hidup, mengejar impian mahukan kebebasan kewangan daripada trading.

Statistik di atas adalah statistik yang sama juga dalam bidang lain seperti bisnes, tengoklah di Malaysia. Berapa banyak kedai yang dibuka, 2 3 bulan kemudian melingkup.

telegram-moshed

Pun begitu, 10% yang berjaya juga merupakan mereka daripada yang pernah berada dalam kalangan 90% itu.

Dalam buku Kathy Lien, seorang penganalisa dan penulis yang pakar dalam bidang Forex Trading telah menerbit sebuah buku yang menghimpun 12 orang yang berjaya dalam bidang trading.

Mereka bukanlah hedge fund managers dan juga bukanlah pekerja di bank-bank besar seperti JP Morgan, Goldman Sachs tetapi hanyalah orang biasa yang bermula dengan capital yang serendah $1,000 dan mengembangkannya menjadi sehingga 5-6 angka.

Mereka terdiri daripada yang trade intstrumen yang berbeza, pasaran yang berlainan.

Ada yang trade ekuiti (saham), ada yang fokus kepada Foreign Exchange dan ada juga yang trade Pasaran Hadapan dan Komoditi.

Setiap daripada mereka mempunya gaya trading yang berbeza namun boleh berjaya dalam pasaran kewangan yang mencabar ini.

Walaubagaimanapu, persamaan antara mereka adalah disiplin, tetap dengan strategi dan terima loss.

Tiada yang pada awal trade terus berjaya dan tidak kurang di antara mereka telah mengalami loss yang agak banyak.

Namun mereka tidak mengalah, tidak berputus asa dengan pasaran tetapi mereka belajar daripada kesilapan mereka dan menggunakan pengalaman tersebut untuk menjadi trader yang lebih baik dan akhirnya berjaya.

Artikel ini ditulis berdasarkan olahan dan ulasan daripada buku tersebut untuk memberi inspirasi kepada pembaca untuk yakin dan percaya kejayaan dalam bidang trading ini tidak mustahil.

Artikel ini adalah permulaan kepada artikel bersiri yang akan ditulis dalam bahasa melayu ringkas dan padat demi membantu trader lama mahupun baru untuk mencapai apa yang dimahukan daripada bidang yang mencabar ini.

Jika anda mahu tahu asal usul Candlestik, baca artikel ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register