728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Inspirasi

Wanita Ini Tersingkir Dari Senarai Bilionnaires Kerana Kekayaannya Diserahkan Kepada Badan Amal

Wanita Ini Tersingkir Dari Senarai Bilionnaires Kerana Kekayaannya Diserahkan Kepada Badan Amal

JK Rowling tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di dunia pada tahun 2011. Tetapi, pada tahun seterusnya ternyata nama penulis Harry Potter itu dikeluarkan dari senarai oleh Forbes.

Beliau merupakan salah seorang daripada 129 individu yang tersinggir dari senarai terdahulu. Pun begitu, alasan beliau meninggalkan senarai tersebut adalah sedikit berbeza dari sebab yang normal.

Forbes yang menghasilkan senarai tahunan billionaires selama lebih 20 tahun berkata bahawa Rowling tidak lagi memasuki senarai disebabkan pemberian amal yang secara drastiknya menurunkan baki banknya.

Menurut majalah itu lagi, Rowlings dianggarkan memberi hampir $160 juta sebagai pemberian amal, serta membayar kadar cukai yang tinggi kepada Britain. Perkara ini sekali gus telah menolak keluar nama penulis Harry Potter ini dari senarai.

Ramai yang nyata kecewa dengan kehilangan status billionnaires itu, namun bagi JK, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut malah bangga dengan pilihan beliau.

Kata-kata beliau mencetuskan inspirasi malah semakin ramai menyimpan rasa hormat kepadanya.

Beliau dikatakan mempunyai sifat empati yang tinggi, kerana beliau berasal daripada keluarga yang susah.

Sebelum Harry Potter diterbitkan, penulis ini terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah hidup sebelum bangkit bagi mengejar impiannya.

Pengalaman ini mungkin telah mempengaruhi keputusan beliau untuk memberi sejumlah wang yang agak besar kepada pelbagai badan amal. Sumbangan utama beliau diberikan kepada sebuah badan amal yang menguruskan penjagaan amal kepada kanak-kanak secara percuma dan memberi tempat perlindungan kepada ibu tunggal.

Dia juga telah menyumbangkan sedikit harta beliau kepada badan kebajikan kanak-kanak, buta huruf, dan orang-orang miskin. JK juga dikatakan telah menulis 3 buah buku berjudul “Fantastic Beasts and Where to Find Them,” “The Tales of Beedle the Bard” and  “Quidditch Through the Ages” untuk meraih sumbangan bagi diserahkan kepada badan-badan amal tersebut.

Dia mungkin tidak lagi berada dalam senarai Forbes, namun kemurahan hati beliau telah mengubah kehidupan beribu-ribu orang. Jika semua billionaires di dunia ini pemurah seperti beliau, pasti tidak akan ada insan yang hidup dalam kemiskinan lagi.

Terima kasih JK Rowling!

Baca kisah pengasas Starbuck ini yang pasti membuatkan anda kagum!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register