Warren Buffet Kerugian Hampir $1.4 billion Pada Selasa!

0 17

Warren Buffett mengalami kerugian hampir $1.4 billion semalam apabila nilai Bank Wells Fargo & Co jatuh lebih 3.3%. Kejatuhan itu dikaitkan dengan berita pendedahan mengenai pekerja bank terbabit yang telah membuka lebih 2 juta akaun tanpa kelulusan pelanggan.

Berkhire Hathaway Inc milik Buffet yang merupakan pemegang saham terbesar turut terkena tempias akibat berita tersebut.  Hal ini sekali gus menjadikan jutawan yang berusia 86 tahun itu mengalami kerugian terbesar berbanding pemegang saham yang lain.

Buffet merupakan orang keempat terkaya didunia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak $65.8 billion.

Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira $93 billion. Selain Buffet, Amancio Ortega, Jeff Bezos dan Bill Gates juga antara yang mengalami kerugian gara-gara kes terbabit.

warren-buffet

 

Rasanya Wang Kertas 5 Ringgit Kita Kalau Cicah Kari Ok Tak?

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa