Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Yen dan Kiwi Melemah Selepas Cadangan Perumahan oleh Bank Pusat

Yen dan Kiwi Melemah Selepas Cadangan Perumahan oleh Bank Pusat

Yen menghampiri paras terendah hari ini dalam tempoh 3 setengah minggu disebabkan jangkaan pelonggaran dasar kewangan oleh BoJ. Hal ini juga disebabkan spekulasi M&A yang berkaitan dengan jualan yen serta proses pemulihan risiko appetite. NZD antara yang mencatatkan perubahan terbesar dalam Sesi Asia. Hal ini dilihat lebih jelas apabila Kiwi jatuh menjunam selepas RBNZ meningkatkan sekatan terhadap isu pasaran perumahan. Langkah ini dilihat bakal menurunkan kadar.

USD/JPY didagang pada 106.20 setelah mengalami penurunan terendah iaitu 106.33 pada permulaan dagangan sejak 24 Jun yang lalu. Hal ini disokong pada pergerakan purata 55 hari pada tahap 106.34.

Sementara itu, dalam usaha meningkatkan ekonomi, Tokyo menyediakan rangsangan fiskal yang baru. Hal ini menyebabkan kebanyakan speculator beranggapan BoJ akan terus melonggarkan kadar pada kajian dasar 29 Julai akan datang.

telegram-moshed

Kejutan Britain dalam menarik diri dari Referendum EU bulan lalu menyebabkan trader masih mengekalkan pegangan terhadap nilai yen, dengan kebanyakan saham –saham US mencatatkan rekod tertinggi. Brexit secara tidak langsung membantu dalam melenyapkan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed.

Trader juga menjangkakan dagangan yen dari Softbank (T: 9984), berikutan pembelian syarikat teknologi Britain paling berharga iaitu ARM yang bernilai $ 32 bilion

Sementara itu, British pound meningkat kepada ¥ 140.77 (GBPJPY = R), setelah pulih kira-kira 9% daripada paras terendah sejak 3 setengah tahun ke ¥ 129,05 berikutan referendum EU.

Pound menguat berbanding kebanyakan mata wang lain dan diniagakan pada $ 1,3266.

Hal ini berikutan penggubal dasar BoE, Martin Weale berkata tidak ada keperluan mendesak untuk mengurangkan kadar faedah.

Dalam masa yang sama, Euro mengalami sedikit perubahan pada $1.1076 menjelang Mesyuarat ECB pada Khamis ini. Walaupun ECB dijangka akan mengekalkan kadar, spekulasi menyatakan bahawa bank pusat perlu menangani kekurangan bon yang boleh dibeli kerana lebih separuh bon Jerman hilang kelayakan untuk pembelian asset.

Dollar Index berada pada tahap yang memuaskan namun masih tidak mempunyai momentum untuk menguji tahap tertinggi dalam tempoh 4 bulan, yang dicapai minggu lepas.

Indeks (DXY) berjumlah 96.58, di bawah 96,793 tahap paling tinggi yang dicatat 11 Julai lalu.

“Walaupun data gaji US yang disiarkan awal bulan ini cukup kuat, beberapa data yang dikeluarkan selepas referendum menunjukkan sedikit kelemahan. Pasaran mahukan kekuatan data gaji ini dapat dikekalkan,” kata Shinichiro Kadota, ketua strategi FX di Barclays Securities Japan (BARC).

Sementara itu, NZD jatuh lebih dari 1% setelah NCB mengemukakan cadangan perubahan terhadap dasar mortgage lending sedia ada untuk mengawal kenaikan harga rumah semasa.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register