“Trading ni ramai gagal sebab mereka fikir, ada laptop, ada internet, ada modal, terus boleh klik-klik mouse dan buat duit.”
Saya nak mulakan sharing 2025 ni dengan betulkan stigma tentang bidang trading pasaran kewangan ni. Sebab bagi saya, trading instrumen pasaran kewangan ni adalah cara yang mudah buat duit, kalau betul-betul tahu caranya.
Rugi kalau saya tak bagitahu semua, sebab saya tahu semua orang yang gagal dalam bidang ni sebab cara dia salah.
Boleh tengok ramai orang-orang kaya dalam dunia pun, terlibat dalam financial markets.
Anda tak boleh buat duit sebab tak jumpa caranya saja.
Atau anda biasa dengar cerita dari ramai orang yang rugi, tak dengar dari orang yang berjaya.
Kita pun tak boleh nilai bidang trading ni, sebagai bidang yang scam berdasarkan ramai orang yang gagal dalam bidang ni.
Kalau nak ikutkan bidang, buat bisnes lagi ramai rugi duit, tapi orang tak pernah kata buat bisnes adalah bidang yang scam.
Orang kata, mungkin anda tak berbakat, atau tak kena caranya, atau tak ada ilmu, atau terlalu awal give up.
“Trading ni ramai gagal sebab mereka fikir, ada laptop, ada internet, ada modal, terus boleh klik-klik mouse dan buat duit.”
Sedangkan mereka lupa sesuatu, iaitu fundamental kepada trading ni, iaitu faham tentang market, faham tentang TA, baru boleh beli rendah dan jual mahal.
Itu tak termasuk lagi ilmu uruskan emosi dan risiko.
Paling penting, kalau anda gagal, tak bermaksud orang lain pun gagal.
Nak tulis panjang lagi ni.. nak saya sambung?