Sejak awal minggu, pergerakan market mula nampak sedikit pelik.
US Dollar kembali kuat.
Gold mula tertekan.
EURUSD dan GBPUSD jatuh, manakala USDJPY naik.
Saham teknologi pula cuba naik pada awal sesi sebelum dijual semula dengan agak tajam. Dalam masa yang sama, oil jatuh dengan kuat.
Kalau market benar-benar sedang takut ketegangan Timur Tengah semakin memuncak, kenapa oil pula jatuh?
Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku?
MARKET BUKAN PANIK. MARKET SEDANG KURANGKAN RISIKO
Kita sekarang berada terlalu hampir dengan keputusan FOMC.
Sebelum keputusan besar seperti ini, ramai pelabur tidak mahu memegang posisi terlalu agresif, terutama apabila market masih belum pasti sama ada Fed akan sekadar mengekalkan kadar atau memberi kejutan dengan nada lebih hawkish.
Walaupun majoriti masih menjangka Fed akan hold, kebarangkalian kenaikan kadar pada mesyuarat kali ini meningkat kepada hampir 38%, berbanding sekitar 16% seminggu sebelumnya. Sebab itu US Dollar masih mendapat sokongan dan yield tidak jatuh banyak walaupun oil merosot.
Maksudnya, market sedang berkata:
“Sebelum tahu apa Fed mahu buat, lebih baik kita kurangkan risiko dahulu.”
SEBAB ITU GOLD MULA TERTEKAN
Apabila US Dollar menguat, gold menjadi lebih mahal kepada pembeli yang menggunakan mata wang lain.
Gold jatuh sekitar 0.7% pada Selasa apabila DXY menghampiri paras tertinggi dalam tempoh sebulan. Sekarang market bukan sekadar menunggu keputusan kadar, tetapi mahu mendengar bagaimana Fed melihat inflasi dan kemungkinan kenaikan kadar seterusnya.
Jadi tekanan pada gold bukan semata-mata kerana konflik reda.
Gold sekarang tersepit di antara dua perkara:
Risiko geopolitik yang semakin berkurang dan US Dollar yang semakin kuat menjelang FOMC.
USDJPY NAIK BUKAN BERMAKSUD YEN KUAT
Ini perkara yang selalu mengelirukan.
Apabila USDJPY naik, ia bermaksud US Dollar sedang menguat berbanding yen.
Dengan kata lain, yen sebenarnya sedang melemah.
Sebab itu kita nampak EURUSD dan GBPUSD jatuh, manakala USDJPY pula naik. Ketiga-tiga pergerakan ini membawa mesej yang sama iaitu permintaan terhadap US Dollar sedang meningkat.
TAPI KENAPA NASDAQ JATUH?
Kejatuhan saham semalam sebenarnya bukan kejatuhan menyeluruh.
Nasdaq ditutup turun sekitar 0.18%, tetapi Dow ditutup naik sekitar 0.51% dan S&P 500 hampir tidak berubah. Jadi apa yang berlaku lebih tepat disebut sebagai rotation, bukannya keseluruhan stock market jatuh.
Tekanan paling besar datang daripada saham teknologi dan semiconductor.
Nvidia jatuh sekitar 5% apabila pelabur mula mempersoalkan valuation saham AI, jumlah pembiayaan yang terlalu besar dan sama ada semua perbelanjaan AI ini mampu menghasilkan keuntungan seperti yang dijanjikan.
Sebab itu pada chart US30, kita boleh nampak harga naik terlebih dahulu sebelum turun semula dengan tajam.
Market sedang mengambil keuntungan dan mengurangkan exposure kepada aset yang dianggap sudah terlalu mahal sebelum keputusan Fed.
OIL PULA MEMBAWA CERITA BERBEZA
Oil jatuh sekitar 7% hingga 9% selepas Amerika Syarikat dan Iran menghentikan sementara serangan serta membuka semula ruang rundingan diplomatik.
Apabila risiko gangguan bekalan minyak berkurang, market mula membuang semula war premium yang sebelum ini dimasukkan ke dalam harga oil.
Mudahnya:
Ketegangan reda → risiko bekalan berkurang → war premium keluar → oil jatuh.
Jadi betul, pergerakan semalam bukan menunjukkan konflik Timur Tengah sedang memuncak.
Sebaliknya, oil sedang pricing kemungkinan keadaan mula reda.
JADI, APA GAMBAR BESARNYA?
Apa yang berlaku sekarang bukan datang daripada satu cerita sahaja.
Oil jatuh kerana risiko perang mula reda.
US Dollar menguat kerana market masih bimbang Fed akan kekal hawkish.
Gold tertekan kerana USD kuat dan permintaan safe haven mula berkurang.
Nasdaq pula jatuh kerana pelabur sedang mengambil keuntungan dan menilai semula saham-saham AI yang sudah mahal.
Tetapi semua pergerakan ini bertemu pada satu titik yang sama:
MARKET SEDANG BERSEDIA UNTUK FOMC.
Mesyuarat FOMC berlangsung pada 28 hingga 29 Julai. Keputusan dijadualkan keluar pada Khamis, 30 Julai sekitar jam 2:00 pagi waktu Malaysia, diikuti sidang media sekitar jam 2:30 pagi.
Apa yang paling penting nanti bukan sekadar sama ada Fed hold atau naikkan kadar.
Market mahu tahu:
Adakah Fed masih risau inflasi?
Adakah ruang kenaikan kadar pada September masih terbuka?
Adakah kejatuhan oil cukup untuk mengurangkan tekanan inflasi?
Dan adakah Fed lebih hawkish daripada apa yang sudah dijangka?
Kalau Fed lebih hawkish, US Dollar dan yield boleh terus kuat, sekali gus memberi lebih banyak tekanan kepada gold serta saham teknologi.
Kalau Fed lebih dovish, US Dollar boleh kehilangan momentum dan membuka ruang untuk gold serta Nasdaq membuat reversal.
Kesimpulannya, market bukan sedang bergerak secara pelik.
Market cuma sedang memainkan beberapa cerita serentak dan mula mengurangkan risiko sebelum salah satu keputusan paling penting minggu ini.
Sebab itu trader tidak boleh hanya melihat satu chart.
Kita perlu sambungkan oil, inflasi, yield, US Dollar, gold dan saham untuk memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku.
📚 Fahami fundamental dahulu. Barulah kita faham kenapa chart bergerak.
Nak belajar banyak lagi? Join channel Komuniti Trader HUSTLE24HOUR – KLIK SINI


