FED DAH HIKE, USD LONJAK. TAPI GOLD REBOUND. APA MARKET NAMPAK? | MOSHED MARKETS – 17 Sept 2026

Picture of Moshed Mohamad
Moshed Mohamad

Semalam akhirnya Fed buat apa yang market dah banyak jangka.

Fed naikkan interest rate 25bps kepada 3.75% hingga 4.00%. Ini kenaikan pertama sejak 2023, dan keputusan dibuat secara unanimous. Fed juga menegaskan inflation masih tinggi dan tindakan ini bertujuan membawa inflation kembali ke sasaran 2%.

Tapi yang lebih penting bukan hike itu sendiri.

Fed bagi signal tightening mungkin belum selesai.

Projection terbaru menunjukkan satu lagi kenaikan kadar masih dijangka tahun ini. Futures market pula sekarang price kira-kira 50% peluang Fed hike lagi seawal Oktober, dan satu lagi hike sebelum hujung tahun sudah hampir fully priced.

Inilah sebab USD terus melonjak.

Dollar Index naik ke sekitar 100.33, paras tertinggi tujuh minggu. EURUSD jatuh sekitar 1.1456, manakala USDJPY berada sekitar 156.20.

Tapi ada benda menarik berlaku dekat bond

Semalam sebelum FOMC, US 10Y dah pecah 5%.

Selepas Fed hike, yield jangka pendek naik kerana market price lebih banyak tightening.

US 2Y berada sekitar 4.71%.

Tetapi US 10Y pula reda sedikit ke sekitar 4.99%, manakala 30Y turut turun daripada paras tertinggi.

Ini penting.

Market nampaknya berkata:

“Ya, Fed lebih hawkish. Tetapi kalau Fed bertindak sekarang, mungkin inflation jangka panjang boleh dikawal.”

Sebab itu yield curve flatten.

Short-term yield naik sebab rate hike.

Long-term yield pula tak meletup lebih tinggi.

Ini sebenarnya antara reaction paling menarik selepas FOMC.

Nak tengok apa kata mereka tentang HUSTLE24HOUR? – Play video di bawah! 

Jadi kenapa Gold rebound?

Gold sekarang rebound lebih 1% ke sekitar $4,310, selepas semalam jatuh ke paras terendah hampir enam minggu.

Dan saya rasa kita kena berhati-hati kalau terus baca:

“Fed hawkish, maka Gold mesti jatuh.”

Fed memang hawkish.

USD memang naik.

Tetapi long-term yield reda sedikit daripada atas 5%.

Pada masa sama, Oil turun semula.

Brent sekarang sekitar $105, selepas Saudi mula menawarkan additional crude cargoes melalui Oman, sekali gus mengurangkan sedikit kebimbangan supply disruption.

Jadi rebound Gold pagi ini lebih tepat dibaca sebagai:

post-FOMC rebound selepas banyak hawkish expectation sudah pun masuk dalam harga.

Bukan bermaksud Fed dah dovish.

Dan bukan juga bermaksud Gold dah confirm bullish.

Sekarang kita kena tengok sama ada Gold boleh bertahan apabila USD berada pada seven-week high.

Wall Street pula masih tak selesa

Selepas FOMC:

Dow jatuh 1.21%.

S&P 500 turun 0.44%.

Nasdaq hampir flat, turun 0.01%.

Menariknya pagi ini futures dah cuba rebound sedikit.

Nasdaq futures naik sekitar 0.6%, S&P futures sekitar 0.5%.

Maksudnya market masih dalam proses hadam satu perkara besar:

Adakah ini hanya satu atau dua hike untuk kawal inflation, atau kita sebenarnya baru masuk tightening cycle baru?

Bitcoin pula sekitar $76,500, masih belum menunjukkan reaction besar selepas Fed.

Apa cerita sebenar hari ini?

Bagi saya, narrative hari ini bukan lagi:

“Fed akan hike ke tak?”

Itu dah selesai.

Narrative baru ialah:

“Berapa jauh Fed sanggup teruskan tightening?”

Sebab sekarang kita nampak sesuatu yang menarik.

Fed hawkish.

USD naik.

Short-term yield naik.

Tetapi long-term yield reda sedikit.

Oil turun.

Gold rebound.

Ini menunjukkan market belum membaca keputusan semalam sebagai satu cerita yang lurus.

Sekarang fokus beralih kepada October FOMC, inflation selepas ini, Oil, dan sama ada US 10Y boleh kembali pecah 5% atau tidak.

Kalau 10Y kembali naik jauh atas 5% sambil USD terus kuat, Gold boleh kena pressure semula.

Tetapi kalau long yield terus reda kerana market percaya Fed akhirnya dapat control inflation, Gold mungkin dapat ruang untuk stabil walaupun Fed masih dalam tightening mode.

Jangan sekadar tengok Fed hike.

Tengok apa bond market buat selepas Fed hike.

Sebab dekat situlah kita nampak apa market sebenarnya percaya.

Itulah cerita di sebalik chart.

Kalau berminat nak betul-betul faham dan kaji ANALISIS FUNDAMENTAL bersama semua komponen yang ada, boleh sertai komuniti HUSTLE24HOUR!

Ilmu yang di ajar di dalam HUSTLE24HOUR anda dapat gunakan kearah trading lebih banyak instrument tak kisah matawang, indeks, saham, crypto dan lain-lain.

Berminat? Join HUSTLE24HOUR, klik sini!

P/s: Promo RM1 sehari akan tamat bila-bila masa sahaja. Rebut peluang join sekarang!

Nak tengok apa kata mereka tentang HUSTLE24HOUR? – Play video di bawah! 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAHAMI APA SEBENARNYA BERLAKU DALAM PASARAN KEWANGAN

Fahami apa yang berlaku di pasaran, dan yang lebih penting, bagaimana menggunakan insight tersebut untuk navigate peluang dan risiko dalam dunia kewangan.