Gold melonjak lebih 2% malam ini selepas semua bacaan utama inflasi Amerika keluar lebih lemah daripada jangkaan market.
Ini bukan sekadar CPI turun sedikit.
Core CPI bulanan hanya 0.0%, berbanding forecast 0.2%.
Core CPI tahunan pula turun kepada 2.6%, lebih rendah daripada forecast 2.8%.
Headline CPI bulanan jatuh -0.4%, manakala CPI tahunan turun kepada 3.5%, berbanding jangkaan 3.8%.
Bacaan paling penting ialah Core CPI bulanan yang langsung tidak meningkat.
Core CPI tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga yang lebih volatile. Jadi apabila bacaan ini berada pada 0.0%, ia memberi signal bahawa tekanan harga asas dalam ekonomi sedang reda.
Sebab itu reaksi market sangat pantas.
Market terus menjual US Dollar.
Bond yield jatuh.
Gold pula terus dibeli.
Apabila inflasi semakin lemah, market mula mengurangkan expectation bahawa Fed perlu menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.
Adakah projection kenaikan kadar Fed sudah batal?
Belum batal secara rasmi.
Tetapi selepas data CPI malam ini, semakin sukar untuk Fed justify kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat.
Dalam projection Fed bulan Jun, median kadar faedah untuk akhir tahun 2026 berada sekitar 3.8%.
Dengan kadar semasa pada 3.50% hingga 3.75%, projection tersebut secara asasnya menunjukkan kemungkinan satu lagi kenaikan sebanyak 25 basis point sebelum hujung tahun.
Namun selepas CPI tadi, expectation market berubah dengan ketara.
Market kini meletakkan sekitar 84.5% kemungkinan Fed mengekalkan kadar pada mesyuarat Julai, berbanding hanya 58.3% sebelum data.
Peluang kenaikan kadar pada Julai jatuh kepada sekitar 15.5%.
Untuk hujung tahun pula, peluang satu kenaikan 25 basis point turun kepada sekitar 41.9%.
Apa expectation Fed selepas ini?
Untuk Julai, besar kemungkinan Fed akan memilih untuk hold.
Bagi September dan mesyuarat seterusnya, kemungkinan kenaikan kadar masih belum mati sepenuhnya.
Tetapi Fed memerlukan bukti bahawa inflasi kembali panas sebelum mereka mempunyai alasan yang kuat untuk menaikkan kadar.
Dalam masa yang sama, masih terlalu awal untuk bercakap tentang rate cut kerana CPI tahunan pada 3.5% masih jauh lebih tinggi daripada sasaran inflasi Fed sebanyak 2%.
Risiko terbesar sekarang ialah oil
Penurunan inflasi kali ini turut dibantu oleh kejatuhan harga tenaga sebelum ini.
Namun sekarang harga oil sudah kembali meningkat akibat ketegangan di Selat Hormuz.
Kalau oil kekal tinggi dalam tempoh yang lama, kos tenaga, pengangkutan dan pengeluaran boleh meningkat semula.
Ini boleh menyebabkan inflasi bulan-bulan akan datang kembali naik dan memaksa Fed mengekalkan nada yang lebih hawkish.
Apa yang perlu diperhatikan selepas ini?
Rally gold tadi berlaku kerana market membuang sebahagian besar expectation kenaikan kadar dalam masa terdekat.
Tetapi untuk gold terus mencanak, market masih perlu melihat ucapan Warsh malam ini dan data PPI esok.
Kalau Warsh tidak terlalu hawkish dan PPI turut keluar lemah, tekanan terhadap US Dollar dan yield boleh berterusan. Ini boleh memberi ruang kepada gold untuk menyambung kenaikan.
Tetapi kalau Warsh kembali menekankan risiko kenaikan oil dan inflasi, gold berpotensi melakukan retracement selepas spike yang kuat tadi.
Inilah cara fundamental menggerakkan market.
CPI lemah mengubah expectation Fed.
Expectation Fed menekan US Dollar dan yield.
Apabila Dollar dan yield jatuh, gold mendapat sokongan.
Bukan sekadar tengok candle naik.
Kita kena faham apa yang menyebabkan market bergerak. Baru kita boleh buat duit dalam pasaran kewangan.
Warren Buffet sendiri pernah berkata “”Never invest in a business you cannot understand.”
Nak faham lebih banyak lagi tentang “Cerita Di Sebalik Chart?” – Sertai Channel HUSTLE24HOUR!
Percuma saja! – KLIK SINI DAN KLIK JOIN

