Kadang-kadang saya terfikir, market ni macam ada cycle dia sendiri. Lebih kurang setiap 10 tahun, akan muncul satu cerita besar yang buat orang ramai terlalu yakin.
Tahun 2000 dulu, ceritanya internet. Tahun 2008, ceritanya property. Sekarang, cerita besar dunia ialah AI.
Saya bukan kata AI ini tipu. AI memang real. ChatGPT real. Claude real. Data center real. Demand untuk teknologi AI memang sedang berkembang.
Tapi dalam market, benda yang real pun masih boleh jadi bubble kalau harganya terlalu mahal.
Persoalan sebenar bukan sama ada AI ini hebat atau tidak.
Persoalan sebenar ialah, adakah keuntungan daripada AI ini cukup besar untuk menyokong harga saham yang sudah naik terlalu tinggi?
Sekarang syarikat besar sedang belanja berbilion dolar untuk bina data center, beli chip, tambah server dan bina infrastruktur AI.
Amazon melabur besar dalam Anthropic, syarikat di sebalik Claude. Microsoft pula sangat rapat dengan OpenAI dan ChatGPT melalui Azure.
Di atas kertas, semua nampak cantik. Amazon labur dalam AI, Anthropic guna AWS. Microsoft labur dalam OpenAI, OpenAI guna Azure. Revenue cloud nampak naik, saham big tech pun naik.
Tapi di sinilah kita kena fikir lebih dalam. Adakah duit ini benar-benar datang daripada pengguna akhir yang sanggup bayar mahal untuk AI? Atau duit ini sebenarnya banyak berpusing dalam circle yang sama?
Satu syarikat besar melabur dalam syarikat AI. Syarikat AI itu kemudian guna duit pelaburan tadi untuk bayar cloud, server dan compute kepada syarikat besar juga.
Dari luar, nampak macam demand AI sangat kuat. Tapi kalau keuntungan bersih tidak cukup besar, lama-lama market akan mula persoalkan semua ini.
Inilah bahaya bubble. Bukan sebab teknologi itu tidak bagus, tetapi sebab manusia terlalu cepat meletakkan harga yang terlalu tinggi pada masa depan.
Internet dulu pun real, tapi dot-com bubble tetap pecah. Property dulu pun aset sebenar, tapi housing bubble tetap pecah.
Jadi AI pun boleh jadi teknologi besar, tetapi saham AI masih boleh menjadi terlalu mahal.
Mungkin 2027-2028 tidak berlaku apa-apa. Mungkin market terus naik. Tapi kalau AI bubble benar-benar pecah satu hari nanti, jangan terkejut kalau ramai orang baru sedar mereka masuk bukan sebab faham value, tetapi sebab takut tertinggal.
Sebab market crash biasanya bukan berlaku ketika semua orang takut. Market crash selalunya berlaku selepas semua orang terlalu yakin.
Apa pendapat anda?
Adakah AI ini peluang terbesar zaman kita, atau bubble paling cantik dalam sejarah moden?
Moshed Mohamad
CEO INTRADAY®