Menjelang FOMC : US Dollar Makin Kuat, Gold Naik, Oil Tegang. Apa Market Tengah Tengok? | Moshed Markets – 8 July 2026

Picture of Moshed Mohamad
Moshed Mohamad

Hari ini fokus utama market masih dekat US Dollar.

Dollar bergerak lebih kuat berbanding kebanyakan major currencies. Ini sebenarnya tak pelik sangat sebab US Treasury yield masih tinggi.

Dalam market, bila yield US naik, selalunya Dollar akan dapat sokongan. Sebab itu sekarang trader lebih cenderung cari peluang beli Dollar, bukan lawan Dollar.

Benda kedua yang market tengah tunggu adalah Fed minutes.

Minit mesyuarat Fed kali ini penting sebab market nak tengok sejauh mana nada Fed mula berubah ke arah lebih hawkish. Dalam Fed meeting sebelum ini, market nampak Fed semakin dekat dengan kemungkinan untuk naikkan interest rate sebelum hujung tahun.

Malah, Fed fund futures sekarang mula pricing bukan satu, tapi dua kali kemungkinan tightening sebelum Disember.

Saya masih rasa Fed mungkin hanya buat satu kali sahaja, tapi yang penting sekarang bukan apa Fed buat hari ini. Yang penting adalah apa signal Fed bagi untuk bulan-bulan akan datang.

Kalau Fed minutes keluar dengan nada optimis terhadap ekonomi US, dan masih risau tentang inflasi, ini boleh terus support US Dollar dan yield.

Dalam masa yang sama, oil price juga naik.

Punca utamanya datang daripada ketegangan Timur Tengah, terutama isu sekitar Selat Hormuz. Ada laporan gangguan terhadap kapal di kawasan itu, jadi market mula pricing semula risiko supply disruption.

Bila oil naik, inflasi boleh jadi lebih degil. Bila inflasi degil, Fed susah nak cut rate. Bila Fed susah nak cut rate, Dollar pula terus ada alasan untuk kekal kuat.

Untuk stock market pula, pergerakan agak bercampur.

Dow futures naik, tapi Nasdaq futures turun. Ini menunjukkan market bukan semestinya panic besar, tetapi lebih kepada sector rotation. Trader masih ada selera risiko, cuma mereka mula kurangkan exposure dalam tech stocks.

Sebab itu Nasdaq nampak lebih lemah berbanding Dow.

Gold pula naik.

Walaupun Dollar kuat biasanya menekan gold, kali ini gold masih mendapat sokongan daripada anxiety dalam market, kelemahan Nasdaq, dan ketegangan geopolitik. Jadi gold sekarang bergerak bukan semata-mata sebab Dollar, tapi sebab market tengah cari perlindungan apabila risiko mula meningkat.

Satu lagi yang menarik adalah Japanese Yen.

Yen menguat berbanding major currencies termasuk Dollar. Ini mungkin disebabkan trader mula ambil profit selepas USD/JPY berada di level yang tinggi, ditambah pula dengan risiko campur tangan daripada pihak Jepun.

Kesimpulannya, market sekarang bergerak atas empat perkara besar:

US Dollar kuat sebab yield naik.

Fed minutes bakal jadi fokus utama.

Oil naik sebab risiko Timur Tengah.

Gold naik sebab anxiety dalam market.

Untuk minggu ini, trader kena hati-hati sebab market boleh jadi lebih volatile, terutama bila Fed minutes keluar. Kalau nada Fed lebih hawkish, Dollar boleh terus kuat. Tapi kalau market mula risau dengan geopolitik dan stock market, gold juga boleh terus mendapat perhatian.

Inilah sebabnya dalam market, kita bukan tengok satu data sahaja.

Kita kena sambungkan cerita antara Dollar, yield, Fed, oil, stock market dan gold.

Baru kita nampak apa sebenarnya market sedang pricing.
——
Tebus buku PERCUMA – khas untuk anda! Sementara stok masih ada!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAHAMI APA SEBENARNYA BERLAKU DALAM PASARAN KEWANGAN

Fahami apa yang berlaku di pasaran, dan yang lebih penting, bagaimana menggunakan insight tersebut untuk navigate peluang dan risiko dalam dunia kewangan.